suria

Bersalin awal daripada jangkaan, Dayana Roza selamat timang bayi lelaki

Dayana dan anak lelaki dalam keadaan baik sebaik sahaja dilahirkan.

PELAKON Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, dia terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kontraksi pada petang Jumaat.

"Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari 2024, tetapi saya sudah mula sakit sejak semalam (Jumaat) dan terus masuk hospital.

d2

Dayana turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya.

"Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tidak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.

"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Tambah pelakon ini dia juga tidak merancang menjalani pembedahan kerana anak sulungnya dilahirkan secara normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Dayana Roza mahu timang ‘baby boy’ bakal tercapai... “Dari dulu teringin anak lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 5 bulan tak halang Dayana Roza terus hulur bantuan... tidak sanggup lihat orang berlapar - “Ada famili 7 beranak tiada beras nak makan”

Sementara itu pelakon ini juga memberitahu dia merancang tidak mahu kembali hamil dalam masa terdekat disebabkan masih trauma menjalani pembedahan.

"Mujurlah persiapan semua sudah dilakukan. Jadi walau bersalin dua minggu awal semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tidak sabar nak keluar awal.

"Saya pernah cakap nak 'tutup kilang' tetapi suami tidak setuju. Namun selepas melihat sakit yang saya alami, dia tiada masalah untuk kami gunakan alat kawalan kehamilan.

d3

Dayana dan A'dale berkahwin pada 2020.

"Mungkin dalam tempoh terdekat tidak merancang untuk hamil lagi," jelasnya.

Dayana juga memilih nama buat anak lelakinya itu dan akan mendedahkan selepas mendapat persetujuan suami serta keluarga.

Untuk rekod Dayana mendirikan rumah tangga dengan A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan mereka juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain