suria

Tenang Syada jawab tuduhan iri hati kejayaan kakak, bukan cemburu tapi bangga dengan Shila Amzah

Syada tumpang bangga dengan kejayaan Shila.

KETIKA masalah keluarga penyanyi Shila Amzah sudah reda, timbul pula tuduhan mendakwa adiknya iaitu Syada Amzah cemburu dengan kejayaan dikecapi kakaknya.

Terkilan dengan dakwaan itu, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, menjelaskan tidak pernah sekelumit dia menyimpan perasaan sedemikian terhadap darah dagingnya sendiri.

Kata Syada jika ada pun perasaan cemburu adalah ketika ibu bapanya lebih banyak meluangkan masa bersama Shila bagi menguruskan karier seninya.

syada 2

Syada tak pernah cemburu dengan kejayaan Shila.

"Demi Allah tidak ada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya mengenai apa-apa, hanya masa yang ibu dan ayah korban luangkan untuk dia dan tinggalkan saya serta adik-beradik lain ketika masih bersekolah.

"Selain itu bukan rasa cemburu sebaliknya saya bangga sebab dapat kakak sehebat itu. Awak tak boleh berkata macam awak Tuhan boleh baca hati orang, bahaya. Nauzubillahiminzalik," katanya.

Syada menjelaskan perkara itu ketika menjawab komen netizen yang menuduh dia iri hati terhadap Shila.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah buang kena halau lagi” - Individu datang tengok rumah, Syada Amzah tak pernah rancang jual kediaman

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun, mahu kongsi penyata bank tapi bimbang riyak

Ia susulan perkongsian Syada mengenai kecaman yang diterima sejak kebelakangan ini semasa menyanyikan beberapa buah lagu luar negara.

Malah netizen berkenaan juga mendoakan Syada agar dilembutkan hati dan menyayangi diri sendiri.

"Memamg Syada ini ada jiwa iri hati pada kakaknya. Ayat awak itu nampak jelas sangat," kata netizen.

syada 3

Kemelut keluarga Shila Amzah masih menjadi perhatian netizen.

Pada Oktober lalu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain