PEMINAT Siti Nordiana meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi itu hanya diberikan peluang menyampaikan satu lagu sahaja semasa Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Konsert Ambang Tahun Baharu 2024 yang berlangsung pada Ahad lalu. Menurut pengurusnya iaitu Mohamad Al Anas Osman, 39, Siti Nordiana sepatutnya menyanyikan dua buah lagu namun persembahan kedua berjudul Bakawali dibatalkan saat-saat akhir. Mengulas mengenai perkara itu, Anas berkata pihaknya perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka. Nana ketika bertemu peminat semasa malam tahun baru. "Ia baru diketahui di belakang pentas semasa Nana nak naik ke atas pentas nyanyi lagu itu. Kami pun sebenarnya masih menunggu penjelasan daripada pihak mereka apa yang berlaku sebenarnya. "Saya pun tak boleh nak komen apa sebab saya tak tahu mereka punya perancangan, rasanya lebih baik tunggu penjelasan daripada mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Pada malam berkenaan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana hanya menghiburkan peminat dengan sebuah lagu berjudul Tun Fatimah. Sementara itu, Anas berkata pihaknya sentiasa bersikap profesional dan memahami sekiranya wujud salah faham di antara penganjur. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana tidak terpalit kontroversi, mudah bekerjasama dengan wartawan dedah bekas editor hiburan ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana masih tiada suara, fokus kes mahkamah... Latihan konsert ASGV terganggu Namun dia sedikit kecewa apabila ada peminat yang datang dari jauh tidak dapat menyaksikan persembahan Siti Nordiana secara langsung pada malam itu. "Kalau nak diikutkan benda ini bukanlah perkara besar, kita faham. Nana pun sebelum ini pernah buat persembahan di acara besar. "Salah faham dalam komunikasi itu perkara biasa. Penganjur akan lalui perkara ini dan pihak artis juga faham jika ada perubahan saat akhir. "Soal bayaran tak ada masalah, sebab memang dah selesai awal dua tiga hari sebelum majlis berkenaan," ujarnya. Peminat persoalkan foto Nana tiada di poster atas pentas. Mengulas mengenai ketiadaan foto Nana skrin pentas, Anas berkata dia tidak pasti mengenai perkara itu namun poster awal yang diterima ada memaparkan wajah penyanyi berusia 39 tahun itu. "Saya terima poster dari pihak penganjur yang ada gambar Nana dan poster promosi yang dipaparkan di negeri itu juga ada gambar Nana. "Cuma saya tak pasti kenapa poster digital yang berada di atas pentas tak ada gambar Nana. Saya tak tahu dan belum ada jawapan itu," kongsinya. Sebelum ini, peminat Nana di laman X meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila penyanyi kesayangan mereka tidak muncul di atas pentas bagi persembahan lagu kedua. Malah rata-rata mereka menuntut permohonanan maaf secara terbuka daripada pihak Kementerian Pelancongan Negeri Melaka mengenai perkara itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!