GARA-GARA anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias. Menjawab mengenai pertanyaan itu, Shila atau Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya iaitu Seth Uwais dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan. "Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik," katanya. Shila gembira lihat perubahan Seth. Shila berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada peminatnya tentang bapa kandung Seth di satu hantaran Instagram. "Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?," soal netizen. Dalam muat naik sama, Shila turut berkongsi perasaan teruja dan sebak melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan. ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sedang hamil, Shila Amzah minta henti cakap tentang badan wanita ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah buat ‘bungalow tour’, tunjuk rumah dah kosong siap sedia dijual... “Besarnya jenuh nak jaga” Kata Shila, dia dapat melihat perubahan pada anaknya yang dahulu kurang bercakap namun kini menjadi peramah dan mudah mendengar arahan. "Hari pertama Seth bersekolah. Perasaan normal mak-mak, sedih tapi Sha (Shila) gembira sangat dengan milestone dia. "Dia teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa yang sedih, tapi ini lah prosesnya. Shila dan Haris berpisah pada Februari 2022. "Dari tak bercakap langsung, dari tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarang Alhamdulillah dia berjaya kejar," katanya. Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu. Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!