suria

Sophia Albarakbah cool kena kecam, percaya pelaku akan tanggung akibat - “Biar dia tanggung dosa”

Sophia tidak melenting dengan semua tuduhan terhadap dirinya.

TAHUN lalu nama Sophia Albarakbah menjadi perhatian bukan disebabkan hal berkaitan karier seni namun kontroversi menghimpit sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

Pun begitu, kecaman dan kritikan pedas melampau terimanya daripada pelbagai pihak tidak mudah membuatkan Sophia, 31, cepat melenting.

Ini kerana dia berpegang prinsip tidak melawan setiap tindakan termasuk kata-kata dilontarkan kepadanya kerana percaya si pelaku akan menanggung akibatnya suatu hari nanti.

Sophia 1

Sophia mempunyai prinsip hidupnya yang tersendiri.

"Saya hidup dengan prinsip apa sahaja perkara buruk yang mereka kata, fikir atau lakukan kepada saya, itu atas mereka.

"Biarkan mereka tanggung dosa dan hadap akibatnya. Saya tidak perlu balas.

"Mereka tidak mengenali saya atau kisah saya tetapi pilih untuk bertindak seperti (membenci) saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh menipu putar belit, Sophia Albarakbah kekal tenang... “Biarlah orang buat kita”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak rasa dirinya muncul dalam mimpi Shila Amzah, ia hanya andaian hebat netizen

Sophia memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya melalui soal jawab bersama peminat pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon itu juga percaya dengan kuasa Allah SWT yang sentiasa berpihak kepada pihak benar.

"saya percaya kepada kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah. Jadi selagi saya menjaga hubungan saya dengan Tuhan, bercakap dengan-Nya, Dia akan membantu saya.

Sophia 2

Sophia sebelum ini terpalit kontroversi mempunyai perasaan terhadap Aliff Aziz.

"Tuhan lebih mengenali saya lebih daripada sesiapa pun," ujarnya.

Sebelum ini, nama Sophia panas apabila dikatakan bermain cinta dengan pelakon yang juga suami orang iaitu Aliff Aziz ketika mereka menjalani penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Perkara tersebut didedahkan sendiri isteri Aliff iaitu Bella Astillah apabila mengetahui Sophia menghubungi suaminya setiap hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain