suria

[V] Industri seni bukan besar mana nak bergaduh, konsert ‘Voice of the Heart’ satukan Ernie dan Nadeera

Hubungan Ernie dan Nadeera tidak mempunyai masalah.

TIADA istilah bermasam muka, penyanyi Ernie Zakri dan Nadeera Zaini menganggap isu penyanyi gantian di Semi Final Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) baru-baru ini selesai.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata, dia tidak mahu mencari masalah dengan mana-mana pihak terutamanya dalam kalangan rakan-rakan satu industri.

"Kami tiada masalah langsung, tentang isu itu kami sudah saling berbincang. Semua itu salah faham sahaja.

ernie1 - 1

Ernie tidak mahu mencari masalah dengan mana-mana pihak.

"Industri kita kecil sahaja kalau bergaduh mesti kekok bila berjumpa. Saya memahami situasi Nadeera dan begitu juga sebaliknya," katanya kepada mStar.

Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Voice of the Heart yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.

Sementara itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, pula memberitahu dia sangat menghormati Ernie sebagai senior dalam industri seni dan gembira apabila penyanyi itu sendiri dapat menyanyikan lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tersepit dengan keadaan, Ernie Zakri tak salahkan Nadeera... Perjuangan berbaloi ‘Astana’ layak ke AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera hanya penyanyi ganti, terpaksa telan kemarahan peminat isu lagu ‘Astana’

“Kalau saya jadi Ernie pun, mesti saya mahu sampaikan lagu itu sendiri. Tapi saya juga berbesar hati apabila dijemput sebagai penyanyi gantian cuma belum rezeki saya.

“Sebenarnya lagu itu agak sukar untuk dinyanyikan. Memang patut Ernie nyanyi sendiri,” ujarnya.

Nadeera juga meminta peminat berhenti berbalah mengenai isu tersebut memandangkan semuanya sudah berakhir.

Industri kita kecil sahaja kalau bergaduh mesti kekok bila berjumpa.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

“Sudah-sudahlah lagakan kami. Tiada isu besar pun. Semuanya sudah selesai.

“Saya tak salah peminat kerana mereka tidak tahu cerita sebenar tapi saya terima segala komen mereka dengan hati terbuka,” jelasnya.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan mereka tidak seteru selepas Nadeera dipilih menjadi penyanyi gantian lagu Astana di pentas SFMM38.

Bagaimanapun isu itu selesai apabila Ernie sendiri dapat menyanyikan lagu ciptaannya itu.

ernie2 - 1

Nadeera sebelum ini disebut sebagai penyanyi lagu Astana di SFMM38.

Astana turut mara ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada Mac depan.

Nadeera dan Ernie bakal berkongsi pentas menerusi konsert yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Mac depan.

Konsert berkenaan diadakan bagi mengutip sumbangan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang sedang berdepan kekejaman Zionis Israel.

Selain Ernie dan Nadeera, konsert tersebut turut menampilkan penyanyi legenda Jay Jay dan Rahmad Mega.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain