2023 merupakan tahun sukar buat penyanyi Aina Abdul sehingga mengalirkan air mata sebelum menyampaikan lagu I Lost Me di konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada Sabtu lalu. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, bukan sahaja dari segi perihal peribadi, malah kerjayanya juga menghadapi kesukaran meskipun berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) 37 pada tahun tersebut. Aina mendedahkan, disebalik menyarungkan busana gah dan gilau gemilau, dia mengakui sebenarnya dia seperti hilang diri sendiri. Aina sentiasa tabah dalam mengahrungi segala cabaran. "2023 adalah tahun yang sukar bagi saya, dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Saya rasa saya hilang diri sendiri, banyak kali saya berada di situasi seperti itu di sebalik semua kegilaan dan kemilau busana gah yang saya sarungkan. "Saya mengaku ia merupakan passion saya, tetapi kadangkala saya rasa saya hilang dalam keghairahan itu. "Saya menjalani kehidupan seharian yang sibuk, saya cuba untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam kehidupan, harus memuaskan hati semua pihak, di rumah dan di tempat kerja. Sudah pasti, kadang kala kita manusia akan rasa down. ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul penat kena kecam, cari keseimbangan dalam fesyen tanpa tinggal identiti ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran mahal bukan ‘makan’ sendiri, Aina Abdul kongsi rezeki dengan semua pekerja "Jadi untuk semua, saya nak mewakili anda semua mohon terus bertabah mengharungi hari mendatang, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri anda sendiri. Itu perkara yang sering saya ungkapkan kepada diri saya sendiri sebagai pembakar semangat," kata Aina sebak sambil mendapat sorakan gemuruh peminat. Dalam masa sama, Aina meluahkan rasa syukur apabila konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapore di The Theatre Mediacorp itu berjalan dengan lancar. Konsert yang diketuai oleh penerbit muzik terkemuka, Mac Chew itu menyaksikan Aina memulakan segmen pertama dari bawah pentas dengan lagu Imaji sambil mengenakan busana tali kasut rekaan Ezuwan Ismail. Saya rasa hilang diri sendiri meskipun sebalik semua kegilaan dan kemilau busana gah yang saya sarungkan. AINA ABDUL PENYANYI Menghangatkan keadaan dengan sorokan penuh gemuruh apabila Aina tampil berduet dengan Ernie Zakri melalui lagu Gundah di segmen kedua. Dalam segmen yang sama, Aina turut menyanyikan gabungan lagu hits karya Indonesia dan Korea seperti Dawai, Hijrah Cinta, Sial, Shut Down, Kill This Love dan How You Like That. Sementara itu, di segmen ketiga dengan mengenakan busana Rizman Ruzaini, Aina memilih untuk menukarkan pentas persembahan kepada bilik tidur. Duet Aina dan Ernie antara momen dinanti peminat. Konsep bilik tidur merupakan simbolik penuh makna kerana kebanyakan lagu hits Aina seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan banyak lagi diilhamkan ketika dia berada di kamar beradu miliknya. Penyanyi menutup konsert dengan penuh gaya abapila menyampaikan seleksi karya popularnya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Jangan Mati Rasa Itu serta lagu keramat, Terus Hidup. Aina menyifatkan ia sebagai pembuka yang cukup bermakna untuk memulakan kembara seni dengan penuh harapan dan kejayaan di tahun 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!