suria

Tak sangka cadangan rumah pelacuran jadi isu besar, Rosyam Nor mohon maaf tapi minta tonton video penuh

Rosyam akhirnya buka mulut selepas teruk dikecam netizen.

SELEPAS teruk dikecam di media sosial, pelakon Datuk Rosyam Nor akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung cadangannya mewujudkan rumah pelacuran yang menjadi bualan hangat netizen, baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat sehingga mengundang kontroversi.

"Alamak ai... kecoh betul satu dua hari ini fasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.

2479472

Rosyam rancak lakukan podcast berkongsi pendangan.

"Apa-apa pun aku minta maaf dulu... sebab aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar," katanya.

Rosyam berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Selasa.

Kata Rosyam, video yang tular di media sosial itu sebenarnya sekadar sedutan promosi untuk program podcast Hitam Putih yang disiarkan di saluran YouTube Suhan Channel.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pelacuran perlu ada lelaki asing boleh lepas nafsu, elak rakyat tempatan kena rogol - Rosyam Nor

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ridhuan Tee selar cadangan wujud pusat pelacuran, minta artis jahil pergi mengaji

Justeru itu, Rosyam meminta orang ramai untuk menonton video penuh berkenaan bagi memahami isi perbincangan yang dilakukan bersama dua orang rakannya di saluran tersebut.

"Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast aku dekat Suhan Channel yang tajuk dia Otak Porno, itu adalah perbincangan.

"Aku rasa semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel untuk tengok keseluruhan video... apa yang dibincangkan

2479473

Rosyam minta netizen tonton dahulu sebelum buat kesimpulan.

"Terima kasih kerana peka dengan keadaan dan sekali lagi minta maaf atas kecelaruan yang berlaku," ujarnya.

Sebelum ini, pandangan Rosyam mengenai perlunya aktiviti pelacuran di negara mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Kata Rosyam, kewujudan rumah pelacuran perlu susulan lambakan warga asing di negara ini sehingga timbul isu jenayah seksual melibatkan golongan berkenaan.

Rosyam berkongsi pendapat itu menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Movies pada Ahad lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain