suria

“I'm watching you”... Siti Nurhaliza bimbang peminat tertipu teknologi AI, ada pihak guna nama dan wajahnya jual produk

Siti bersedia untuk ambil tindakan undang-undang kepada penipuan.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan suara dan wajahnya tanpa kebenaran bagi tujuan menjual produk.

Sering berkongsi mengenai penipuan itu di media sosial, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata dia bimbang jika ada peminat yang terpedaya dan menyangka produk berkenaan ada kaitan dengan dirinya.

"Saya rasa kita perlu didik peminat dan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh.

553 (9)

Siti anggap masyarakat perlu didikan untuk elak ditipu.

"Saya selalu berkongsi di Instagram, mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya adalah scammer supaya peminat sedia maklum.

"Namun masalahnya yang mana tidak melihat Instagram saya mungkin mereka akan terpedaya, jadi saya cuba untuk mengambil tindakan dengan beri pengajaran kepada si pelaku... So, I'm watching you," katanya kepada mStar.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang diadakan di The Face Suite, Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza mohon maaf, tiada penambahan hari konsert... Umum Judika sebagai penyanyi undangan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada masalah disapa dengan panggilan Tok Ti - Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi pandangan tentang penyalahgunaan teknologi artificial intelligence atau AI yang mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai terutamanya golongan lebih berusia.

Kata Siti, dia lebih cakna mengenai perkara ini selepas usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menghantar pesanan peribadi (DM) di Instagram memaklumkan tentang perkara itu.

"Itulah masalahnya kalau terlebih pandai dan menyalahgunakan kelebihan AI ini. Saya bukan apa, kalau orang yang memang bijak berfikir tidak mengapa.

"Saya risau kalau makcik-makcik yang tertipu dan membeli produk berkenaan. Ia kerana mereka menggunakan platform yang popular iaitu Facebook.

siti 2

Siti maklum terima aduan daripada orang terdekat.

"Sampaikan Aliff Syukri DM saya mengadu ada orang jual produk menggunakan AI dengan suara saya. Katanya jualan mereka juga laris," ujarnya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang selebriti mengenai individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap popularitinya.

Zed memohon orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik pihak berkenaan yang menggunakan teknologi AI mengambil kesempatan ke atas suara dan wajah selebriti bagi menjual produk.

Selain Siti, antara wajah dan suara selebriti yang terkait dalam taktik penipuan ini termasuk pelakon Lisa Surihani dan Datuk Aaron Aziz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain