suria

Ismail Izzani kemalangan ketika tunggang motosikal berkuasa tinggi, hanya alami cedera ringan

Ismail Izzani menghadapi kemalangan.

PENYANYI Ismail Izzani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi sekitar pukul 9 malam Khamis.

Pengurus Ismail dikenali sebagai Gizmo bagaimanapun memberitahu penyanyi berusia 24 tahun itu tidak mengalami kecederaan serius.

“Ya betul dia terlibat dalam kemalangan. Dia cuma mengalami kecederaan ringan.

Mail 1

Hantaran Ismail di Insta Storynya.

“Tiada kecederaan yang serius. Dia kemalangan lebih kurang pada 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Gizmo memberitahu ketika ini dia masih belum mendapat maklumat penuh punca kemalangan.

“Saya tidak pasti dekat mana berlaku. Hanya tahu dekat Kuala Lunpur sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi Fathia ni? Kaitkan pula nama Ismail Izzani! Minta Zarina Anjoulie tak campur urusannya

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani ‘cabut’ selepas persembahan SFMM37, enggan bertemu media ulas isu bercium di kelab malam

“Saya pun tidak tahu puncanya sebab apa. Saya masih belum mengetahuinya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ismail menerusi Instastory miliknya memaparkan beberapa gambar selepas dia mengalami kemalangan.

Menerusi gambar tersebut, Ismail dilihat menghadapi kecederaan di bahagian kedua-dua belah tapak tangannya.

Sementara itu, keadaan motosikalnya pula dilihat mengalami kerosakan pada bahagian depan dan sisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain