suria

Lebih takut nama dilupakan peminat, Ernie Zakri nikmati digelar power vocal

Nama Ernie antara penyanyi wanita yang kini mendapat perhatian ramai.

DILABEL sebagai penyanyi yang mempunyai kualiti vokal hebat tidak pernah membuatkan Ernie Zakri berasa selesa dengan pujian.

Syukur dengan gelaran 'power vocal', bagi Ernie atau Nur Ernie Shahira Zakri, 32, itu juga merupakan satu amaran untuk sentiasa memberikan terbaik buat peminat.

"Saya gembira apabila ramai yang menyebut nama saya. Ia lebih baik daripada orang tak sebut langsung. Perkara itu yang perlu saya takutkan.

ernie 2

Ernie enggan bakatnya dibandingkan dengan rakan penyanyi lain.

"Berada di tempat sekarang ini saya anggap sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun saya tidak boleh terus berasa selesa. Saya kena kerja lebih keras.

"Dalam masa sama saya juga kena ingat ada ramai penyanyi baru yang akan muncul nanti. Saya sudah melihat ramai berbakat tapi belum muncul," katanya kepada mStar.

Selain Ernie, kebangkitan rakan-rakan penyanyi seangkatan seperti Aina Abdul dan Nadeera Zaini juga menjadi sebutan sehingga ada yang membandingkan mereka.

Baginya tiada istilah bersaing sesama mereka kerana masing-masing memperjuangkan bakat sendiri serta mahu mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Industri seni bukan besar mana nak bergaduh, konsert ‘Voice of the Heart’ satukan Ernie dan Nadeera

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tersepit dengan keadaan, Ernie Zakri tak salahkan Nadeera... Perjuangan berbaloi ‘Astana’ layak ke AJL38

"Sudah puas saya berpesan supaya tidak membandingkan kami. Tak perlu saya nak peluk Nadeera atau Aina bagi membuktikan tiada masalah antara kami.

"Mereka yang suka bercakap ini saya anggap tiada kerja. Mereka hanya duduk rumah dan ada lima akaun sosial media palsu untuk kecam," ujarnya.

Sementara itu, Ernie dan Nadeera bakal berkongsi pentas menjayakan konsert Voice of the Heart yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pad 7 Mac 2023.

Saya sudah melihat ramai berbakat tapi belum muncul

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

Konsert tersebut juga bertujuan mengutip dan selain tanda sokongan terhadap mangsa peperangan di Palestin.

"Bagi saya dengan penglibatan dalam acara begini juga adalah salah satu cara membantu. Kalau kehadiran saya dapat menarik lebih ramai orang untuk menyumbang itu lebih bagus.

ernie 3

Nadeera, Ernie, Jay Jay dan Rahmad bergabung dalam konsert Voice of the Heart.

"Pastinya persembahan pada malam tersebut disesuaikan dengan tema untuk Palestin. Saya akan sampaikan lagu-lagu yang boleh memberi inspirasi kepada penonton," jelasnya.

Penyanyi Jay Jay dan Rahmad Mega juga akan turut sama membuat persembahan pada malam berkenaan.

Tiket boleh didapati di www.myticketempire.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain