PELAKON Achey menangis terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta jenis Ford Ranger oleh usahawan jersi iaitu Faris Azri. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38 yang pada awalnya ditutup matanya menitiskan air mata apabila selepas menerima kejutan tersebut. Menurut Faris, hadiah itu diberikan memandangkan Achey sebelum ini telah banyak membantunya dalam mempromosikan perniagaan jersinya. Isteri dan anak merupakan tulang belakang Achey. "Semasa saya berada di Johor, akaun saya kena shadow banned. Saya minta abang Achey untuk tolong blast banyak-banyak konten untuk saya. "Kalau saya capai satu limit (yang saya mahu), saya janji saya akan bagi abang Ford Ranger betul? Kali ini saya kotakan janji saya. "Kali ini saya memang mahu buat abang menangis, ini kerana untuk abang," katanya kepada Achey. ARTIKEL BERKAITAN: Achey kena ‘prank’ dengan isteri sendiri, terkejut dapat kunci Mercedes Benz ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, Achey pegang rezeki datang daripada Allah Achey memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagramnya pada Selasa. Situasi tersebut bukan sahaja mengundang sebak kepada Achey, malah rata-rata peminatnya juga meluahkan perkara yang sama di ruangan komen. "Mengalir air mata aku. Semoga rezeki Achey mencurah-curah. "Sebelum ini Achey sembangkan van jenazah. Hari ini rezeki dia dapat Ford. Ni namanya kalau nak rezeki luas, kena sedekah dengan ikhlas," kata mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!