suria

Nurul Shuhada minta maaf, komen Puteri Sarah bakal berkahwin hanya salah faham

shuhada memohon maaf kepada Puteri Sarah terhadap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, personaliti media sosial Nurul Shuhada Mat Shukri memohon maaf berhubung komen ditinggalkan yang dilihat memberi bayangan pelakon Puteri Sarah bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

Shuhada, 30, menjelaskan komen tersebut dibuat hanya bagi menzahirkan rasa gembira terhadap Puteri Sarah yang dia hormati.

Jelasnya,komen itu dilakukan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkahwinan.

Shuhada 1 (1)

Permohonan maaf Shuhada di Insta Storynya.

"Alamak ini adalah satu salah faham yang besar. Komen Shu itu betul-betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati dan pandang tinggi.

"Tidak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan, tak sangka pula diputar belit sampai macam itu sekali.

"Shu peminat Kak Farah dan Kak Sarah macam orang lain. Sikit pun tak cara nak cari spotlight atau apa-apa untuk headline media," katanya.

Shuhada menjelaskan perkara itu dalam satu hantaran di Insta Storynya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu sen pun tiada selepas cerai, Nurul Shuhada kongsi kejayaan miliki kereta pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah sudah macam peminta sedekah, usaha dapatkan kembali RM26,000 belum berjaya

Tambah Shuhada, dia juga secara persendirian telah membuat permohonan maaf kepada Puteri Sarah atas salah faham yang berlaku itu.

Jelas Shuhada, permohonan maaf terbuka ini dilakukan sekiranya terdapat pihak yang menghina dan juga mengutuk Puteri Sarah disebabkan komen yang dimuat naiknya itu.

"Shu sudah personally mohon maaf dekat Kak Sarah dan ini permohonan maaf terbuka kalau ada yang mengina atau kutuk Kak sarah sebabkan itu.

Shuhada 2

Puteri Sarah sering digosipkan sedang menjalin cinta bersama pelakon dan usahawan Indonesia, Andi Arsyil.

"Tak baiklah, kita doa yang baik-baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik-baik," ujarnya.

Sebelum ini, Shuhada ada meninggalkan komen di ruangan Instagram Farah Lee yang melangsungkan perkahwinannya bersama Fuad Hashim pada 5 Januari lepas.

Shuhada yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu berkata, selepas ini hanya dia sahaja yang masih belum berkahwinan memandangkan Puteri Sarah adalah yang seterusnya.

Susulan itu, Puteri Sarah tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui tidak selesa apabila namanya dipetik dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain