ISTANA Budaya bakal ditutup selama dua tahun bagi tujuan penambahbaikan dan penyelenggaran bangunan terutama bahagian bumbung yang usang bermula 15 Januari ini. Ketua Pengarahnya, Zubaidah Mukhtar berkata, sepanjang tempoh itu, Istana Budaya tidak akan mengadakan sebarang acara termasuk di Panggung Sari sehingga 5 Januari 2026. "Bangunan Panggung Istana Budaya tidak akan beroperasi untuk sebarang bentuk acara atau pementasan sehingga 5 Januari 2026. Bangunan Istana Budaya tidak pernah diselenggara sejak pembinaanya. "Istana Budaya akan dibuka kepada umum pada tahun tersebut selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026)," katanya. Menurut Zubaidah, penutupan itu telah disahkan oleh pengendali sepenuhnya iaitu Jabatan Kerja Raya JKR) dengan tujuan memberi ruang kepada kerja-kerja berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan lusuh tak pernah selenggara... Istana Budaya tutup 3 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Istana Budaya catat penjualan tiket acara seni RM6.144 juta sepanjang 2022 Sepanjang penutupan ini, Istana Budaya masih lagi menganjurkan pesembahan-persembahannya menerusi Kempen Gerak Ke seluruh Malaysia. "Produk-produk utama Istana Budaya seperti Orkestra Tradisional Malayisa (OTM), Orlestra Simfoni Kebangsaan dan Artistana akan berjalan melalui Kempen Gerak di seluruh Malaysia. "Istana Budaya juga sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik serta penggiat seni tanah air untuk berkerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara," kongsinya. Pada Februari 2023, Zubaidah memaklumkan penyelenggaran tersebut perlu dilakukan selepas melihat bangunan Istana Budaya yang agak lusuh dan tidak pernah diselenggara sejak penubuhannya pada 1999. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!