suria

“Kecil sampai rasa lemas”- Prosedur MRI macam dalam kubur, Syatilla Melvin kini terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit

Syatilla akui nak sembuh slip disc ambil masa yang lama.

BERKONGSI keadaan terkini selepas menerima rawatan akibat slip disc, pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia kini terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan rasa sakit.

Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, berkata, dia juga perlu menjalani sesi fisioterapi bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian lehernya.

"Sekarang ini saya bertahan dengan ubat otot dan tahan sakit sebab itu rasa macam okay sikit.

tilla1 - 1

Proses yang dilalui Syatilla bagi mengesan penyakitnya.

"Selain itu kena fisioterapi juga sebelum rancang rawatan selanjutnya sebab slip disc dekat leher sangat seriau," katanya.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya bersama adik beradiknya.

Dalam siaran langsung itu, Syatilla juga berkongsi pengalamannya pertama kali menjalani pemeriksaan pengimejan resonansi magnetik (MRI) yang baginya amat menakutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tak boleh gerak leher, rupanya Syatilla Melvin kena slip disc

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Syatilla Melvin akhirnya Kak Long bertemu jodoh, yakin abang ipar mampu jadi suami dan bapa terbaik

Kata Syatilla, sepanjang proses tersebut dia berasa takut malah mengalami sesak nafas kerana ruang yang sempit.

"Saya dekat dalam mesin tu 35 minit, minit-minit yang awal saya rasa sesak nafas sebab tempat itu sangat kecil. Saya rasa macam dalam kubur, tapi kubur yang cerah dan ada angin.

"Dalam mesin MRI itu saya rasa gementar, takut... tapi kena hadap dan tunggu sampai habis.

syatillaa

Syatilla berkongsi pengalaman melalui pemeriksaan MRI.

"Saya memang tak boleh tidur bila duduk dalam itu, menakutkan. Tapi tak sakit, cuma keadaan dekat dalam tu sempit dan kecil sampai rasa lemas.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu mengawal pergerakkan sekiranya enggan proses tersebut dilakukan sekali lagi.

"Siapa yang pernah masuk tahulah macam mana keadaan dalam tu, memang menakutkan.

"Kalau tak boleh kawal minda, mesti akan kena panic attack dan tak boleh bernafas.

"Tak boleh gerak, telan air liur pun kena perlahan-lahan kalau tak mesin tak boleh buat bacaan dan kena mula balik," kongsinya.

Sebelum ini, Syatilla memberitahu diri terpaksa ke pusat perubatan di Shah Alam selepas tiga hari menanggung sakit belakang dan leher.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain