PELUANG bertemu empat mata dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dimanfaatkan sebaik mungkin buat penyanyi Kaka Azraff untuk berkongsi perjalanan dan perancangan sebagai anak seni. Teruja diberi kesempatan itu, kata Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, pertemuan itu juga sedikit sebanyak memberi semangat buatnya yang kini menguruskan perjalanan kerjaya sendiri. "Pertemuan itu lebih kepada perkongsian tentang perjalanan dan perancangan saya dalam dunia seni. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib setiap anak seni. Kaka berkongsi kisah perjalanan kerjaya seni bersama Fahmi. "Mungkin ini juga boleh menjadi contoh kepada mana-mana yang ingin menjadi artis atau yang sudah bergelar anak seni. Perjumpaan itu juga memberi saya semangat sebab sekarang saya bergerak sendiri tanpa syarikat pengurusan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Pertemuan tersebut berlangsung pada Isnin di pejabat Kementerian Komunikasi di Putrajaya. ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff mahu penjelasan konkrit kontrak ditamatkan, tak terfikir guna saluran undang-undang terhadap Warner Music Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff bukan lagi artis Warner Music, kata-kata tidak sopan dalam mesej punca digugurkan Tambahnya, dia juga tampil untuk bertemu selepas Fahmi sebelum ini menunjukkan tanda prihatin berhubung isu penamatan kontraknya dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia pada Disember lalu. Bagaimanapun menurut Kaka, isu berkenaan tidak lagi dibincangkan secara lanjut memandang ia sudah selesai. "Sebelum ini menteri ada pernah beri kenyataan tentang isu penamatan kontrak itu, tetapi saya belum sempat berjumpa. Jadi sebab itu saya hadir untuk ceritakan dari dari pihak saya. Perjumpaan itu juga memberi saya semangat sebab sekarang saya bergerak sendiri tanpa syarikat pengurusan KAKA AZRAFF PENYANYI "Tentang isu itu pun saya dah tak mahu komen. Sekarang sudah 2024. Ada banyak perancanan yang ingin saya lakukan. Tak perlu nak fikir cerita lama lagi," ujarnya. Sementara itu, Kaka juga tidak merancang untuk mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat pengurusan kerana lebih selesa bergerak sendiri bersama pasukannya. Kaka kini uruskan kerjaya sendiri. "Ada juga syarikat pengurusan yang cakap 'hai' tetapi rasanya buat masa sekarang saya lebih bergerak sendiri. Saya pun ada pasukan sendiri yang dapat membantu dalam kerjaya. "Meskipun satu permulaan baru dan langkah besar, tetapi saya rasa tiada masalah. Lebih banyak peluang untuk saya peroleh selepas bergerak sendiri," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!