suria

“Aku nak peluk kau brother” - Sharnaaz faham perasaan Fizi Ali, minta jangan pisahkan bapa dan anak

Sharnaaz ingin memberikan pelukan tanda sokongan kepada Fizi.

KEMELUT dihadapi penyampai radio Fizi Ali mendapat simpati pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyifatkan hubungan seorang bapa dengan anak tidak sepatutnya dipisahkan.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, hanya mereka yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan dan perbalahan bukan alasan memisahkan bapa dengan seorang anak.

"Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku nak peluk kau brother.

Sharnaaz turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib Fizi.

Sharnaaz turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib Fizi.

"Aku tak nak tahu betul atau salah, tapi jangan sesekali pisahkan bapa dan anak. Apa pun alasannya," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Pelakon filem The Original Gangster itu terpanggil untuk memberikan pandangannya apabila terbaca liputan media yang memaparkan berita tentang penyampai radio berkenaan yang tidak dibenarkan untuk bertemu anak perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Fizi Ali jumpa Ameena tak kesampaian, Shakilla tak setuju permintaan hak lawatan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri jawab tuduhan larang jumpa anak, campur tangan isteri Fizi Ali punca sekat nombor telefon

Sebelum ini, proses sulh di antara Fizi dan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor berhubung isu hak penjagaan anak mereka gagal mencapai kata sepakat.

Permintaan Fizi memohon hak lawatan terhadap anak mereka iaitu Ameena Sofia, 5, tidak dipersetujui oleh Shakilla.

Bagaimanapun, Sharnaaz nampaknya tidak berkongsi nasib yang sama seperti Fizi kerana dia dan bekas isteri Noor Nabila Mohd Noor dilihat sering bergilir-gilir menjaga cahaya mata tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.

Sharnaaz dan Nabila sama-sama bertanggungjawab membesarkan Jayden.

Sharnaaz dan Nabila sama-sama bertanggungjawab membesarkan Jayden.

Malah baru-baru ini Sharnaaz dilihat membawa Jayden dan Nabila melancong bersama-sama ke Jepun termasuk seorang wanita yang didakwa kekasih aktor berkenaan iaitu Amelia Christie.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017, namun bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain