suria

Tersembam atas sejadah ketika solat Subuh, Fizo Omar panik sangka kena strok rupanya vertigo

Fizo dikejarkan ke hospital selepas menerima bantuan daripada jiran-jiran.

PELAKON Fizo Omar terpaksa ditahan selama tiga hari di sebuah hospital selepas tiba-tiba rebah ketika menunaikan solat Subuh disebabkan penyakit vertigo pada 18 Januari lalu.

Ketika kejadian, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 39, bekata dia baharu sahaja selesai mengambil wuduk namun ketika solat dia berasa pening dan merasakan rumahnya berpusing sebelum tersemban di atas sejadah.

"Hari itu (18 Januari) saya bangun pagi, masa nak ambil wuduk dah rasa macam pening-pening.

size NP 1 (10)

Isteri Fizo menjerit ketika suaminya pengsan tiba-tiba.

"Saya ingatkan saya mamai jadi teruskan pergi solat. Masa solat, tengah berdiri tiba-tiba rasa rumah ini berpusing.

"Saya tak cakap banyak, tersembam muka atas sejadah terus tak sedar apa," katanya.

Fizo berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Isnin.

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Fizo berkata dia hanya mendengar suara isterinya sedang menangis dan menelefon jiran untuk meminta tolong.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 hari sakit kepala cuma diberi ubat migrain... isteri Fizo Omar tegur doktor sambil lewa rawat pesakit

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita dah ada keluarga masing-masing” - Fizo Omar pilih tak panjangkan isu sindiran Mawar Karim, enggan ungkit kisah lama

Ketika diberitahu tentang vertigo, Fizo terkejut kerana ini pertama kali mendengar tentang penyakit berkenaan.

"Saya macam sedar tak sedar. Jadi sampai hospital terus buat imbasan MRI, paling takut sekali saya ingat kena strok, sakit jantung dan macam-macamlah!

"Iyalah tiba-tiba sahaja, tiada sakit ke apa tiba-tiba pengsan. Bila buat pemeriksaan, rupanya doktor cakap saya kena vertigo.

"Saya sendiri pun tak tahu apa benda dan ini pertama kali dengar penyakit vertigo," katanya.

size NP 1 (9)

Fizo pelik tiba-tiba diserang Vertigo walaupun sudah menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.

Sebagai seorang yang menjaga kesihatan Fizo mengakui berasa pelik bagaimana boleh diserang penyakit berkenaan.

Untuk info, penyakit vertigo terjadi disebabkan keadaan yang menjejaskan bahagian dalam telinga atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

Sementara itu, Fizo sempat menitipkan pesanan supaya menjaga hubungan baik dengan jiran kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan mereka adalah individu boleh memberi bantuan.

Malah pelakon drama Hati Tercarik Luka itu memohon peminat mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain