suria

Gugur air mata Izzue Islam fikirkan isteri, janji mahu mati bersama -“Saya mahu dia sentiasa ada depan mata”

Izzue tidak dapat menahan air mata bercerita tentang isterinya.

PELAKON dan pengacara Izzue Islam tidak dapat menahan air mata tatkala mengenangkan jasa isterinya iaitu Awin Nurin sebagai orang yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seni.

Kata Izzue atau Muhamamd Izzul Islam Mazlan, 34, dia tidak mungkin menjadi terkenal seperti hari ini tanpa bantuan Awin yang juga merupakan pengurusnya.

Malah pasangan ini berjanji dan berharap terus menjalani hidup bersama sehingga ke akhir hayat.

izzue 2

Izzue tidak sanggup hiudp tanpa isteri.

"Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti.

"Tanpa isteri, anda semua mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti yang sekarang ini. Saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang," katanya.

Izzue berkata demikian ketika sesi temu bual dalam podcast bersama pelakon Datuk Rosyam Nor yang di siarkan di saluran Suhan Channel.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam terkejut ramai ucap tahniah, rupanya video tular ada anak angkat tidak benar... “Sekarang bayi itu pun dah empat tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Road to bertiga’ buat Izzue Islam dihujani ucapan tahniah, belum ada rezeki tapi tak putus doa

Dia juga tidak dapat menahan air mata tatkata Rosyam sendiri bertanya soalan sekiranya bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta.

Menurut Izzue juga ketiadaan isteri di sisi ketika bekerja memboleh membuatkan dia hilang fokus.

"Saya pernah terlibat dalam penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya hilang arah.

izzue 3

Awin menguruskan kerjaya seni Izzue sejak awal bergelar artis.

"Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa di ke mana-mana sahaja kami pergi. Saya mahu dia sentiasa ada depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya," ujarnya.

Dalam masa sama, Izzue juga pernah menciptakan lagu istimewa buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita itu.

Untuk rekod Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain