suria

Danish Iskandar trauma terlibat kemalangan 4 kenderaan, syukur tak alami sebarang kecederaan

Danish alami trauma selepas terlibat dalam kemalangan bersama dua orang rakan.

PELAKON Danish Iskandar berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika memandu kereta milik rakannya sewaktu dalam perjalanan ke sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan sekitar pukul 2 petang pada Isnin.

Menceritakan detik cemas itu, Danish berkata, kemalangan berlaku selepas kereta di hadapan menekan brek secara mengejut membuatkan dia gagal memberhentikan kenderaan dan melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.

Lebih malang kata Danish, kemalangan itu turut membabitkan dua buah kereta lain yang turut gagal menekan brek.

size NP 1 (16)

Danish syukur tiada kecederaan berlaku pada dia dan dua orang rakan.

“Saya kemalangan sebab kereta depan brek mengejut. Jadi saya pun terpaksa lakukan perkara sama kemudian ada dua kereta di belakang pun terlanggar sekali.

"Saya tengok cermin pandang belakang memang kena langgar juga (kereta belakang) jadi saya terkejut sampai trauma jugalah.

"Ada dua orang kawan dalam kereta seorang di depan seorang dekat belakang. Saya bawa kereta kawan waktu itu," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Danish Iskandar rancang ambil tindakan undang-undang dakwa diperdaya syarikat produksi lakonkan watak gay

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa pelakon watak gay makin popular, ramai puji wajah tampan dan badan sado seperti Danish Iskandar

Danish atau Danish Iskandar Muhammad Burhanuddin, 20, memberitahu kemalangan tersebut berlaku di lebih raya Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Danish memberitahu dia dan dua orang rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemilik kereta tersebut sudah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Aktor itu juga memberitahu kemalangan tersebut diselesaikan secara cara baik dengan semua yang terlibat.

size NP 1 (17)

Danish alami trauma sejurus berlaku kemalangan di antara empat buah kereta.

Malah dia dan rakan turut bersyukur tiada kerugian dialami kerana dapat tuntutan insurans daripada kereta yang berada di belakang sekali.

Sebelum ini, Danish menerusi Instastory miliknya memaparkan gambar keadaan kenderaan Perodua Myvi milik rakannya selepas mereka mengalami kemalangan.

Menerusi gambar itu dapat dilihat kereta berkenaan mempunyai kerosakan di bahagian hadapan serta belakang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain