BUKAN mudah untuk melalui fasa kehamilan, penyanyi Shila Amzah berkongsi mengalami kegelisahan dan kebimbangan melampau atau anxiety sepanjang tempoh berbadan dua. Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, sudah empat hari dia tidak dapat tidur nyenyak gara-gara perubahan emosi dialaminya. Kata Shila, dia tidak mahu trauma kisah silam yang dilaluinya sebelum ini terus menghantui diri, sebaliknya berazam ingin menjadi isteri dan ibu yang sihat. Shila berkongsi foto sedang hamil anak kedua. "Kegelisahan dan kebimbangan melampau (anxiety) semasa hamil bukan perkara main-main. Saya sudah empat hari tidak dapat tidur dengan nyenyak. "Saya mahu meninggalkan semua perkara toksik dan tidak mahu trauma masa lalu menghantui saya lagi. "Saya mahu menjadi isteri dan ibu yang sihat... Itu sahaja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Buka lembaran tahun 2024 dengan berita gembira, Shila Amzah sahkan sedang hamil ARTIKEL BERKAITAN: Menangis hampir setiap hari, Shila Amzah sampai tak boleh bangun daripada katil akibat 'morning sickness' Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Menerusi perkongsian yang dibuat, Shila buat pertama kali berkongsi foto memperlihatkan penampilannya yang kini sedang berbadan dua. Sebelum ini, Shila pernah memberitahu emosinya tidak stabil dan menangis setiap hari sejak disahkan hamil anak kedua. Kata Shila, kandungan kali ini juga membuatkan dia berasa lesu selain hilang selera makan sehingga membuatkan dirinya sukar bangun daripada katil. Pada 4 Januari lalu, Shila mengesahkan dia dan suami iaitu Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Shila dan Ubai bakal menyambut kelahiran cahaya mata tidak lama lagi. Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pada 4 Ogos 2023. Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun ikatan itu berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!