suria

Kak KM belanja RM1 juta taja konsert ‘Rock Legenda Berzaman’, bukan setakat pilih barisan artis tapi senarai lagu

Kak KM sanggup berhabis demi tunaikan impian anjur konsert.

MINAT mendalam terhadap lagu-lagu popular era 1990-an membuatkan usahawan sensasi Kak KM sanggup berbelanja besar sebagai penaja konsert Rock Legenda Berzaman yang bakal berlangsung 3 Mac ini.

Kak KM atau Liana Rosli berkata, seramai sembilan orang penyanyi popular akan menjayakan konsert berkenaan dan berharap penonton yang hadir akan terhibur.

"Setakat ini saya sudah habiskan wang RM500,000 dan ia belum termasuk lagi promosi secara menyeluruh. Dijangka kos keseluruhan mencecah RM1 juta.

kak km 3

Kak KM pilih sendiri artis yang bakal membuat persembahan.

"Saya sendiri meminati lagu-lagu era 1990-an terutama nyanyian artis yang bakal membuat persembahan nanti.

"Jadi apa salahnya saya berbelanja besar untuk sebuah konsert. Saya mahu kongsi apa saya minat bersama orang ramai," katanya kepada mStar.

Konsert berkenaan bakal menampilkan penyanyi terkenal seperti Mus May, Ameng Spring, Amir UK's, Poey Sting dan Azan Scan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengamuk lagi, berang netizen perlekeh anak dapat 4 flat - “Kau anak bodoh, duduk diam-diam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM berhabis RM10,000 belanja staf makan malam, seloroh jangan buang air besar 2 minggu!

Tidak ketinggalan Ezad Lazim, Zamani, Hazama dan Shidi Data turut sama-sama memeriahkan konsert tersebut.

Sebagai penganjur, Kak KM memberitahu dia bukan sahaja membuat pilihan artis kegemarannya malah turut menyenaraikan lagu-lagu bakal dinyanyikan mereka.

Kak KM memberitahu dia bertindak memilih senarai lagu kerana enggan penonton berasa hampa apabila artis undangan tidak menyanyikan lagu popular dan kegemaran ramai.

Saya mahu kongsi apa yang saya minat bersama orang ramai

KAK KM

USAHAWAN

"Saya sudah pergi menonton banyak konsert dan ada ketika penyanyi menyampaikan lagu-lagu tidak popular. Saya takut nanti penonton tidak dapat menikmati sepenuhnya acara konsert berkenaan.

"Sebab itu saya sendiri yang buat senarai lagu supaya penonton boleh 'sing along'. Saya percaya penonton mahukan lagu-lagu popular kerana sudah membeli tiket.

"Artis-artis yang terlibat pun tidak perlu pening kepala nak fikir lagu apa," ujarnya.

kak km 4

Antara artis yang akan membuat persembahan.

Teruja dengan pengajuran konsert ini, Kak KM sendiri akan turun padang berjumpa peminat yang ingin mendapatkan tiket persembahan.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Arena Mega Star, Kuala Lumpur dan tiket juga boleh dibeli scara atas talian di laman web Ticket2u.

"Kepada yang tidak dapat beli tiket secara online boleh dapatkan terus dari saya. Saya akan maklumkan di mana lokasi dan bawa sendiri tiket tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain