suria

Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli... Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli ‘cash’

Saharul tidak sangka berjaya dapat pembeli dalam masa singkat.

PELAKON Saharul Ridzwan tidak menyangka ada individu yang mahu membeli kereta jenis Mercedes Benz miliknya hanya selepas 10 minit dia memuat naik video di laman sosial pada Selasa.

Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, lelaki asal Kuala Lumpur itu turut meletakkan wang deposit sebelum sempat mereka bersemuka pada pagi Rabu.

"Terkejut juga sebab mendapat sambutan. Tak sangka ramai yang hantar mesej (DM) untuk datang melihat dan membeli. Mereka itu semua bukan kenalan saya dan hanya pengikut di media sosial.

saharul ridzuan 2

Ramai yang memberi maklum balas selepas Saharul berkongsi video.

"Ada seorang lelaki yang menghantar mesej dan kemudian menghubungi saya untuk membeli. Belum sempat datang tengok kereta dia sudah letakkan wang deposit.

“Jadi setakat ini mungkin dialah pemilik baru kereta itu nanti," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Saharul sebelum ini memuat naik video mahu menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2018 itu disebabkan ia jarang digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu nampak gah tapi akhirnya jadi beban, Saharul Ridzwan cari pembeli Mercedes Benz

ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan lebih aktif dakwah, tak risau kalau orang lupa nama... “Cuma hadiahkan al-Fatihah jika saya meninggal”

Tambah pelakon ini lagi susulan video berkenaan juga seorang wanita datang berjumpanya pada Selesa dengan niat untuk membeli secara tunai dengan harga RM85,000.

"Semalam (Selasa) ada seorang wanita terjah ke pejabat saya kerana mahu beli kereta itu. Dia datang sebab mesej yang dihantar di media sosial tidak dibalas.

"Katanya mahu terus beli kereta berkenaan dengan tunai. Namun saya terpaksa menolak kerana sudah ada orang lain yang meletakkan deposit. Jika lelaki yang pertama itu tidak jadi beli, saya akan hubungi wanita tersebut," jelasnya.

saharul 44

Saharul mahu kurangkan komitmen bulanan.

Menurut Saharul lagi dia mahu menjual keretanya itu kerana enggan menanggung komitmen bulanan yang terlalu tinggi.

Dalam masa dia dia juga memberitahu tujuan asal membeli kenderaan tersebut pada awalnya hanya kerana mahu ia menjadi lambang kejayaan seorang usahawan.

"Ketika beli itu saya baru mulakan perniagaan. Orang kata kereta mewah sebagai lambang kejayaan usahawan. Sekarang baru saya sedar hidup ini bukan seperti dalam drama.

"Saya juga cuba untuk kurangkan komitmen bulanan. Daripada kereta itu jadi besi buruk tidak digunakan, lebih baik saya jual," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain