suria

Sissy Imann sebak program master hampir tamat, harap pendidikan bentuk diri jadi lebih sempurna

Sissy Imann sebak apabila tesisnya hampir siap.

PERJALANAN penyanyi Sissy Imann mengenggam ijazah sarjana dalam bidang muzik hampir menemui jalan penamat apabila tesis yang dihantar sudah diluluskan selepas disemak sebanyak dua kali.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata, perjalanan empat tahun menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) disifatkan sebagai manis namun sebak apabila mengenangkan usaha dilakukan bagi menggapai impian.

"Selepas empat tahun saya hampir tiba di garisan penamat. Hanya satu perkara yang tinggal iaitu untuk menghantar tesis akhir saya.

size NP 1 (1)

Sissy berkongsi perasaan sebak di IG Storynya.

"Tanpa laporan yang positif, mana mungkin Sissy akan sampai ke tahap ini. Jadi sebak sebab beruntung ada pensyarah yang sangat menyokong," katanya.

Sissy berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Story miliknya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Sissy memberitahu dia mengambil masa empat tahun melengkapkan program ijazah sarjana itu kerana program yang diambil adalah secara kajian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak nak mengajar, saya kena bayar semula biasiswa tajaan” - Sissy Imann

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

Jelasnya, setiap orang mempunyai perjalanan berbeza dalam melengkapkan pengajian masing-masing termasuk dirinya.

"Ada orang empat tahun sudah selesai PhD.

"Bagi Sissy sendiri, banyak proses yang perlu dilalui sebagai pelajar master by research di UiTM. Kalau tempat lain mungkin berbeza," jelasnya.

Menjelaskan tujuan dia menyambung pengajian, Sissy percaya pendidikan dapat membentuk diri seseorang dalam menjadi insan lebih sempurna.

size NP 1 (2)

Sissy Imann pernah mendapat anugerah kelas pertama sewaktu Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pendidikan Muzik.

"Nilai yang terbentuk dalam diri kita sepanjang perjalanan menghabiskan pengajian itu menentukan sama ada kita ini akan jadi individu lebih baik atau sebaliknya.

"Tanya pada diri sendiri, apa niat sambung belajar? Jika hanya kerana memikirkan akan dibayar lebih banyak, jawapannya tidak... tetap sama sahaja," jelasnya.

Untuk rekod, Sissy juga adalah bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pendidikan Muzik dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain