suria

Konsert Coldplay di KL paling ramai penonton... Capai kutipan RM3.8 bilion untuk siri jelajah dunia

Sambutan hangat peminat Coldplay di Kuala Lumpur memeriahkan malam konsert.

KONSERT The Music of the Spheres World Tour yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu mencatat sejarah apabila menerima jumlah penonton paling ramai sepanjang mereka mengadakan persembahan.

Dengan jualan sebanyak 81,812 tiket, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu juga mencapai keuntungan kasar melebihi RM51 juta hanya untuk satu malam sahaja.

"Ini adalah konsert paling ramai penonton sepanjang kerjaya mereka," jelas satu kenyataan.

coldplay 2

Peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena konsert Coldplay November tahun lalu.

Perkara tersebut dikongsi dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman X Coldplay Chart pada Khamis.

Dalam pada itu, beberapa hantaran lain turut berkongsi pencapaian konsert tersebut di lokasi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau teruja nak ke konsert Coldplay, pemuda akhirnya gigit jari! Tak sangka begitu mudah ditipu scammmer

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod diatasi Coldplay, Siti Nurhaliza beri bayangan buat konsert lebih besar sebelum bersara

Antaranya konsert di Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia sebagai kutipan tertinggi berjumlah lebih RM66 juta dengan jualan tiket sebanyak 78,541 unit.

Untuk keseluruhan kutipan di negara Asia, Coldplay berjaya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM616 juta dan nilai itu adalah yang tertinggi berbanding mana-mana penyanyi barat lain.

coldplay 3

Coldplay kini masih lagi dalam siri jelajah konsert mereka.

Secara keseluruhan, konsert Coldplay yang kini masih berlangsung di beberapa lokasi sudah mencatat kutipan sebanyak RM3.8 bilion dengan jualan sebanyak 7,660,000 tiket.

Selain Kuala Lumpur dan Jakarta, kumpulan ini turut mengadakan persembahan selaman enam hari di Singapura, Manila, Filipina (dua hari), Bangkok, Thailand (2 hari) serta beberapa lokasi lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain