suria

Elvina Mohamad masih trauma dengan pembantu rumah... Bibik baharu pula kantoi ambil botol anak guna kaki

Elvina trauma dengan orang gaji yang menjaga anaknya.

SUSULAN pembantu rumahnya melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad memberitahu dia mengalami trauma selepas insiden itu.

Elvina, 29, bagaimanapun berkata dia dan suami iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan tetap bersyukur kerana anak mereka yang ditinggalkan di rumah ketuka kejadian berada dalam keadaan selamat.

Berkongsi perkembangan kes berkenaan, Elvina memberitahu sehingga kini mereka masih belum berjaya mengesan lokasi pembantu rumah berkenaan.

NP-56

Elvina dan Haniff bersama dua orang anak lelaki mereka.

"Barang pun dia (orang gaji) curi, duit, telefon bimbit anak. Duit tu dalam seribu lebih, itu baki duit raya tahun lepas yang saya simpan dalam kotak.

"Saya dan suami fikir dari sudut positif, mungkin Allah nak ganti dengan perkara lebih baik dan syukur anak selamat kalau terjadi apa-apa dekat anak saya akan cari sampai lubang cacing. Tapi macam mana pun laporan tetap perlu dibuat.

“Ejen ada ganti dengan pembantu baharu tetapi sampai sekarang tak tahu maid lama tu lari ke mana,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Elvina Mohamad bengang bibik lari tinggalkan bayi 9 bulan sendiri... Sempat curi duit dan telefon bimbit

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta kesan pembantu rumah... “Bagi layanan baik, gaji pun sedap”

Elvina berkongsi perkembangan kes berkenaan ketika ditemui di tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Sementara itu, Elvina berkata kejadian berkenaan membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa memantau kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di luar rumah.

depan saya baik tapi bila check CCTV ambil botol susu anak pakai kaki.

DATIN ELVINA MOHAMAD

PELAKON

"Sekarang ini apabila berada di set penggambaran, saya akan pantau CCTV untuk tengok apa yang sedang berlaku di rumah.

"Malah, maid baharu ini pun depan saya baik tapi bila check CCTV dia boleh ambil botol susu anak pakai kaki. Selepas saya tunjuk rakaman itu, barulah dia minta maaf, sebab itulah saya trauma,” ujarnya.

NP-58

Perkongsian Elvina di Instagram Story ketika orang gajinya melarikan diri dari rumah.

Pada 19 Januari lalu, Elvina meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumah lari dan meninggalkan anaknya berusia 9 bulan sendirian di rumah.

Untuk rekod, Elvinda dan Haniff, 38, berkahwin pada 18 Mac 2018, pasangan ini dikurniakan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain