suria

Wilson Lee ambil kelas bahasa Melayu, harap lebih banyak tawaran produksi tempatan

Wilson cabar diri untuk lebih fasih berturut dalam bahasa Melayu.

PELAKON Wilson Lee mengambil inisiatif mengikuti kelas bahasa Melayu agar dapat memperbaiki komunikasi sekali gus berpeluang terlibat dengan produksi drama tempatan.

Kata Wilson, 31, sepanjang lebih sembilan tahun terlibat dalam dunia seni, dia lebih banyak menerima tawaran drama berbahasa Mandarin dan ingin meluaskan kariernya dalam pasaran Melayu.

Disebabkan tidak ramai peminat atau penonton berbangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia mengenali dirinya.

wilson lee 2

Wilson harap lebih banyak diberi peluang terlibat dalam drama Melayu.

"Jujur ketika awal menjadi pelakon saya memang tidak fasih berbahasa Melayu. Sebab itu saya mulakan kelas dan mengambil guru bahasa untuk memperbaiki cara bercakap.

"Sudah lebih sembilan tahun berlakon dan hampir semuanya produksi serta drama Mandarin. Saya mahu cuba kembangkan kerjaya dalam drama Melayu dan terbuka untuk menerima banyak tawaran selepas ini.

"Saya tahu pasaran dalam drama Melayu lebih luas dan sebab itu saya mahu cabar diri mencuba sesuatu yang baru," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Mona ada sebab pilih Taiping lokasi penggambaran, ‘Rain Town’ bukan sekadar kisah keluarga tapi realiti kehidupan harian

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Kantonis, pengarah Melayu... Tunku Mona Riza keluar zon selesa menerusi Rain Town

Wilson turut meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang terlibat dalam filem berjudul Rain Town yang merupakan arahan seorang pengarah Melayu iaitu Tunku Mona Riza.

Menurut Wilson, dia tidak menyangka Mona mengambil cabaran untuk mengarahkan sebuah karya yang hampir secara keseluruhan menggunakan bahasa Kantonis.

"Apabila saya dapat panggilan berlakon dalam filem ini, saya semak semua nama pengarahnya. Bagaikan tidak percaya seorang pengarah Melayu menghasilkan karya begini.

wilson lee 3

Wilson teruja dalam berlakon dalam filem Rain Town.

"Jadi semestinya saya tidak lepaskan peluang ini. Mungkin peminat Melayu tidak yang tahu kemunculan saya sebelum ini akan lebih mengenali selepas menonton nanti," katanya.

Dalam masa sama, Wilson turut memasang impian untuk melebarkan saya ke Taiwan atau Hong Kong sekiranya ada peluang ke negara berkenaan.

Baginya dalam usia masih muda dia sedia untuk membuka ruang pelbagai peluang kerana lakonan adalah salah perkara yang diminati.

"Saya sudah beberapa kali terlibat dalam drama di Singapura. Kalau ada peluang ke Hong Kong atau Taiwan saya juga tiada masalah untuk mencuba," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain