suria

Fatima mula tunjuk ciri-ciri seorang penghibur, Fazura tak halang anak ceburi bidang hiburan 

Fazura akan menyokong apa sahaja minat Fatima termasuk jika mahu jadi pelakon.

PELAKON dan usahawan Nur Fazura mula mengesan bakat anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya sebagai seorang penghibur meskipun kanak-kanak itu baru sahaja berusia tiga tahun.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, sebagai seorang ibu dia tidak kisah sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.

Bagaimanapun kata Fazura, dia bimbang jika tidak dapat menangani sekiranya Fatima terpalit dengan isu atau kontroversi sebagai seorang selebriti.

"Bidang seni ini agak sukar, saya agak risau juga kalau Fatima masuk bidang seni dan terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebagai selebriti.

NP-46

Fazura dan Fattah sentiasa mahu berikan yang terbaik buat Fatima.

"Tapi Fatima ini saya tengok seorang yang kuat dan rasanya dia boleh hadapi cuma bimbang saya boleh ke hadap kalau anak kena gosip dan dihentam?

"Terpulanglah, saya terbuka apa sahaja Fatima nak buat dalam hidup dia. Nampaklah ciri-ciri penghibur itu sudah ada dalam diri dia," katanya kepada mStar.

Fazura berkongsi perkara itu selepas pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura ada prinsip dalam bisnes, tak sanggup nak jual tudung Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah tak rancang tambah anak... Enggan ganggu komitmen kerja

Dalam pada itu, pelakon itu memberitahu anak perempuannya itu juga sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan.

Kata Fazura, dia melihat Fatima seorang yang natural apabila berhadapan dengan kamera dan tidak sukar menguruskannya ketika berada di set penggambaran.

"Sekarang pun ada sikit-sikit berlakon dalam iklan, dia seorang yang natural. Darah seni itu sudah ada dalam diri dia.

Terpulang, saya terbuka apa sahaja Fatima nak buat dalam hidup dia.

FAZURA

PELAKON DAN USAHAWAN

"Jika suatu hari nanti dia nak pelakon atau penyanyi, saya dan suami sokong sahaja. Mudah-mudahan saya dan Fattah diberikan kesihatan untuk bimbing dan sokong kariernya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura memberitahu dia bakal kembali ke televisyen dengan dua buah projek drama bersempena kedatangan Ramadan.

Kata Fazura, kemunculannya itu selepas enam tahun berehat daripada dunia lakonan disebabkan sibuk menguruskan perniagaan.

"Enam tahun tak keluar TV, kali terakhir drama Hero Seorang Cinderella dengan Fattah. Ramai tanya bila nak buat 'comeback' tapi saya sibuk dengan bisnes.

NP-45

Fazura bersama model yang mengenakan koleksi pakaian rayanya.

"Alhamdulillah tahun ini saya ada dua projek yang bakal menambat hati penonton bersempena Ramadan. Harap peminat jangan muak tengok saya," katanya.

Bercakap mengenai koleksi Fazbolous Raya 2024, kali ini Fazura mengetengahkan tiga koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan flora.

Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden.

Kesemua 30 corak-corak menarik ini akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat disamping koleksi lain seperti baju kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready to wear.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain