suria

[V] Kecantikan tak kekal lama, rupa paras bukan sebab Aedy Ashraf jatuh cinta dengan Amelia Henderson

Personaliti Amelia memikat hati Aedy.

KECANTIKAN dan rupa paras bukan faktor utama pelakon Aedy Ashraf jatuh hati terhadap kekasihnya iaitu aktres Amelia Henderson.

Bagi Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, perkara itu tidak akan kekal lama dan tidak sepatutnya dijadikan ukuran dalam sesebuah perhubungan.

Sebaliknya personaliti Amelia penyebab dia tertarik mendekati teman wanitanya itu sebelum ini.

aedy 2

Saling percaya juga menjadi penguat hubungan Aedy dan Amelia.

"Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.

"Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.

"Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada kecantikan dalam bercinta," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tiada SPM, berhenti sekolah ketika usia 16 tahun... Pilih kerja berbanding pelajaran sebab keluarga susah

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf bukan lelaki curang dalam puisi, Daiyan Trisha hanya kawan biasa

Aedy ditemui ketika majlis tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul I.D yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah pelakon ini meskipun kini mereka dalam fasa bahagia namun tidak pernah meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menurutnya dia dan Amelia sama-sama sibuk dalam kerjaya dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.

Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan

AEDY ASHRAF

PELAKON

"Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.

"Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia," ujarnya.

Terbuka bercakap tentang hubungan mereka, Aedy juga bimbang sekiranya ramai yang mula rimas apabila hanya berkongsi perkara sama.

aedy 3

Aedy dan Amelia tidak rancang kahwin dalam masa terdekat.

"Kalau ada yang bertanya, jawapan saya tetap sama. Saya tidak rimas, cuma takut orang lain pula rasa sebegitu.

"Saya akan sentiasa memberi jawapan terbaik mengikut situasi dan apa yang dirasakan relevan ketika itu tentang hubungan kami," jelasnya.

Sementara itu, Amelia juga turut sama berlakon dalam drama I.D yang merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 dan ia bakal memulakan tayangan pada 23 Februari di saluran Astro Premier 410.

Drama ini mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.

Selain Aedy dan Amelia, pelakon lain yang turut terlibat adalah Naim Daniel, Datuk Rosyam Nor, Allyza Azizi dan Shantni Venugopal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain