suria

Niat sedekah basikal terbantut, akaun IG Almy Nadia tiba-tiba lesap

Datuk Fizz Fairuz sedang berbincang dengan pihak Instagram untuk dapatkan kembali akaun isterinya.

PENYAMPAI radio Suria FM Datuk Fizz Fairuz pelik apabila akaun Instagram milik isterinya tiba-tiba lesap tanpa sebarang sebab munasabah.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 45, berkata, dia pelik apabila akaun milik isteri iaitu Datin Almy Nadia hilang kerana yakin tidak melanggar sebarang undang-undang ditetapkan laman sosial berkenaan.

Ketika ini kata Fizz, dia sedang berurusan dengan pihak Instagram bagi mendapatkan kembali akaun Almy.

NP-50Fizz berkongsi akaun Instagram isterinya tiba-tiba lesap.

“Entahlah tak tahu kenapa, tiada buat benda yang terlarang pun tapi tiba-tiba akaun itu hilang.

“Mungkin ada masalah teknikal dari pihak Instagram. Sekarang tengah berurusan dengan ibu pejabat Instagram,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum itu, Fizz memaklumkan mengenai perkara berkenaan di Instagram miliknya sambil meminta sesiapa mempunyai urusan dengan isterinya agar menghubunginya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz minta ibu bapa jangan berkira dengan anak, majlis graduasi di hotel bukan buat setiap hari

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz syukur jadi penyampai radio, kurang ‘job’ lakonan kerana disangka mahal ada gelaran Datuk

“Sesiapa ada order barang dengan Almy, boleh DM saya ya. IG dia tiba-tiba deactive,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fizz berkata, barang yang dimaksudkan merupakan basikal yang ingin disedekahkan kepada pengikut Almy.

“Tiada apa pun cuma kami buat sedekah basikal jer. Tiba-tiba terus tak aktif IG dia,” katanya.

Untuk rekod Fizz dan Almy, 38, berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain