suria

Anak A. Aida tak akan dapat satu sen pun kalau kahwin senyap-senyap, buang nama sebagai penerima wasiat

A. Aida tidak mahu anak-anak membelakangi ibu bapa.

PENERBIT drama iaitu Datuk A. Aida tidak akan bertolak ansur kepada anak-anaknya jika ada dalam kalangan mereka yang membelakangkan keluarga terutamanya hal berkaitan perkahwinan.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, berkata, jika anak-anaknya berbuat demikian iaitu berkahwin tanpa mendapat restu keluarga, besar kemungkinan nama mereka tidak akan tersenarai sebagai penerima wasiat yang dibuatnya.

"Kalau berkenaan pasangan hidup, tak dapat restu mak ayah buat perangai pergi kahwin senyap-senyap memanglah saya buang terus daripada wasiat (mendapat harta peninggalan keluarga).

A. Aida bersikap tegas terhadap anak-anak.

A. Aida bersikap tegas terhadap anak-anak.

"Anak-anak kalau derhaka satu sen harta pun saya tidak akan beri. Kalau anak sudah tidak pedulikan dan tidak mahu mendengar cakap kita, buat apa kita nak beri harta... Biar mereka cari sendiri.

"Ia disebabkan mereka (anak-anak) tidak menghormati kami sebagai ibu bapa dan tidak menganggap kami ini penting," katanya ketika dihubungi mStar.

A.Aida kini berada di Melbourne, Australia kerana menghantar anaknya iaitu Wan Azevanatassha, 23, yang melanjutkan pelajaran di universiti Victoria.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlinang air mata A. Aida melepaskan anak, sepanjang hidup tak pernah berpisah... "Hanya ibu faham perasaan ini"

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida sebak terima menantu, pelepasan burung simbolik pernikahan anak

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat adalah hanya menjawab gurauan Wan Azevanatassha yang ingin mencari jodoh di luar negara.

Kataya, perkongsia itu sekadar peringatan kepada anak muda supaya tidak terjebak konflik berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa.

Kalau anak sudah tidak pedulikan dan tidak mahu mendengar cakap kita, buat apa kita nak beri harta.

DATUK A. AIDA

PENERBIT

"Anak perempuan saya bergurau beritahu nak cari suami bermata biru (mat salih), saya pun dengan spontan menjawab okay tapi kalau nak kahwin cakap, jangan kahwin senyap-senyap.

"Saya tidak bermaksud untuk menujukan kenyataan itu kepada sesiapa. Itu hanya pengajaran untuk kita semua... Untuk anak-anak dan ibu-bapa, semoga anak-anak yang baca kenyataan saya fahami.

A. Aida mahu memberi pendedahan kepada anak muda untuk menghormati ibu bapa.

A. Aida mahu memberi pendedahan kepada anak muda untuk menghormati ibu bapa.

"Jangan membelakangi ibu bapa terutama bila nak berkahwin. Cakap sahajalah nak kahwin, benda boleh bawa bincang. Jangan kahwin senyap-senyap," ujarnya.

Selain Wan Azevanatassha, A. Aida mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya dengan Ameng (Spring) iaitu Wan Az Aleesa, 28, manakala seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul, 16, hasil perkahwinan dengan pegawai polis berpangkat Asisten Supritenden (ASP) ketika itu, Suffian Sulaiman pada 2007.

Wan Az Aleesa telah bernikah pada 15 Julai lalu dengan juruterbang iaitu Zain Azrai Abdul Aziz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain