PELAKON Kimberly Chuah memberitahu ini merupakan tahun ketiga dia tidak berkesempatan meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Kimberly atau Kimberly Chuah Ching Li, 24, berkata kekangan kerja menyebabkan dia tidak dapat berkumpul bersama keluarga namun bersyukur mereka memahami situasi berkenaan. "Saya dah tiga tahun tak beraya, tahun lepas pun waktu raya saya berada di Perlis jalani penggambaran. Antara babak lakonan Kimberly dalam Projek: Exit "Kalau ikutkan saya tak sambut raya dengan keluarga sejak mula berlakon, macam esok pun saya ada penggambaran lagi. "Tapi saya bersyukur mak saya selalu beri sokongan dan tanpa dia siapalah saya sekarang," katanya kepada mStar. Kimberly berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran Projek: Exit di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Kredibiliti dipertikai ekoran tersilap umum nama pemenang Dewi Remaja, Fikry Ibrahim hanya ikut informasi produksi ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mierul Aiman terkejut gosip bercinta dengan cucu kenamaan, tak pernah selidik latar belakang kenalan Ditanya mengenai karier lakonan, Kimberly memberitahu dia mungkin akan menolak sebarang tawaran untuk yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Mandarin. Ia kerana dia kurang fasih bahasa ibunda itu kerana sudah terbiasa menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris di rumah mahupun di sekolah. "Kalau drama segalanya skrip dalam bahasa Cina, saya akan reject. Sebab saya dulu sekolah kebangsaan dan tak pernah belajar bahasa Cina dengan formal, jadi tak boleh nak lontarkan dialog dengan fasih. "Lagipun di rumah memang cakap bahasa Inggeris atau bahasa Melayu... tapi saya boleh bercakap Kantonis dan Mandarin, cuma setakat bahasa pasar, untuk bahasa formal memang tak boleh,” ujarnya. Kimberly tolak tawaran jika skrip sepenuhnya dalam Bahasa Cina. Gara-gara kurang fasih bahasa Cina, Kimberly memberitahu dia pernah diperlekehkan sewaktu zaman kanak-kanak. "Pernah ada orang rendahkan saya waktu sekolah rendah, iyalah saya Cina tapi tak cakap Cina. "Ibu saya nyonya dan mendiang ayah pula baba Penang, jadi sebab itu saya bercakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris di rumah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Kimberly tampil dalam drama terbitan Astro Shaw iaitu Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak. Drama enam episod ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman,Naim Daniel, Shasha Abedul dan Nabila Huda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!