suria

Tahniah! Suria FM berada di tangga ke-30 carta Penstriman Digital Triton Global

Suria FM berada berada di kedudukan ke-30 Penstriman Digital Triton.

BUAT pertama kalinya stesen radio Suria FM berada di kedudukan ke-30 dalam senarai Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global oleh Trition Digital baru-baru ini.

Suria FM berjaya mencatat sebanyak 10,771 bagi purata pendengar aktif, 2.6 juta untuk session starts (SS) dan 1.18 juta ATSL (average time spent listening) pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

Manakala slot untuk siaran Isnin hingga Ahad dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam pula berjaya meraih sebanyak 7,963 purata pendengar aktif, 4.4 juta SS dan 1.01 juta ATSL.

DJ Lin bersyukur dengan pencapaian diraih Suria FM.

DJ Lin bersyukur dengan pencapaian diraih Suria FM.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin meluahkan rasa syukur diatas pengiktirafan dan kejayaan yang diperoleh.

Kata DJ Lin, kedudukan ke-30 teratas dalam Penstriman Digital Triton Global ini bukan hanya satu pengiktirafan, malah satu pencapaian sebagai motivasi mereka untuk menyampaikan kandungan kualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan penyampai baharu Suria FM

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jadi pilihan, Suria FM catat 3.2 juta pendengar mingguan

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain," katanya.

Penarafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain