suria

Ubai baru tahu Shila Amzah superstar, terkejut konsert di Macau ‘full house’!

Ubai baru tahu tentang populariti luar biasa Shila di luar negara.

SUAMI kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai terkejut apabila mengetahui isterinya itu terkenal dan popular di luar negara.

Pertama kali mengikuti isterinya menjayakan persembahan di China, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, tidak menyangka Shila mempunyai ramai peminat dan menerima layanan cukup istimewa.

“Harini baru aku tahu, isteri aku ni big superstar. Pertama kali ikut Shila perform dekat luar negara.

NP-90

Ciapan Ubai di aplikasi X mengenai terkejut dengan populariti dimiliki Shila di China.

“Pengawal keselamatan ramai dan penonton full house! Harini konsert di Macau, bulan Mac di China.

“Konsert ni sempena Tahun Baharu CIna, dekat The Londoner, Macau,” katanya.

Ubai berkongsi perkara tersebut di aplikasi X miliknya pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama suka Shila Amzah, Ubai pernah cuba ‘masuk jarum’ 10 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tak mahu PJJ, Ubai tak halang isteri kembali ke China

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata- rata netizen tidak terkejut dengan perkara itu kerana sudah lama mengetahui populariti Shila.

Malah ada yang mengusik Ubai lambat mengetahui perkara berkenaan.

“Lambatlah Ubai, orang dah tahu lama dah.

NP-91

Ubai dan Shila sedang menantikan cahaya mata mereka.

“Shila ni humble sangat kadang-kadang lupa dia ni tahap antarabangsa, bukan biasa-biasa.

“Semua video Shila masa nyanyi dekat China aku khatam. Ramai menangis tau dengar bini kau nyanyi,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain