suria

Maryam menangis terima hadiah pakej umrah daripada suami, rupanya sudah setahun pendam hasrat mahu ke Makkah

Maryam bakal mengerjakan ibadah umrah kali pertama 29 Februari nanti.

LIMA tahun bergelar mualaf, personaliti media sosial Maryam You Narae teruja apabila bakal mengerjakan umrah buat pertama kali pada penghujung Februari ini.

Maryam, 32, berkata, hasrat ke Tanah Suci Makkah sudah ada sejak setahun lalu namun terpaksa dipendam disebabkan beberapa hal tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun dia tidak menyangka suaminya iaitu Ryzal Ibrahim memberi kejutan pakej umrah pada ulang tahun kelahirannya pada 19 Februari.

maryam 13

Maryam menangis sambil peluk Ryzal selepas terima kejutan.

"Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.

"Sepanjang tahun lalu saya dan Ryzal mencari masa untuk ke sana tapi tertunda sebab fikirkan anaknya dan ada kerja perlu diselesaikan," katanya ketika dihubungi mStar.

Kata Maryam, pada awalnya dia kurang memahami tujuan sebenar umat Islam mengejarkan ibadah umrah namun pandangnya mula berubah selepas melahirkan anaknya, Rina yang kini berusia 3 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 bulan masuk kelas vokal, Maryam yakin suara dapat tenangkan hati pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan belum sempurna, ramai terlupa Maryam masih belajar jadi Muslimah terbaik... Lancar produk khimar buat wanita

Menurut Maryam, sejak itu dia mula belajar menutup aurat dengan sempurna malah perniagaan khimar juga merupakan salah satu prosesnya.

"Selepas bersalin dan lihat Rina membesar dan ramai orang terdekat pergi umrah... jadi hati saya berubah.

"Hati saya rasa nak balik dan rindu... tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam itu.

"Tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana," luahnya lagi.

Saya bersyukur dengan peluang yang diberi ini.

MARYAM

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Dalam pada itu, Maryam juga berhasrat membawa seorang peminatnya untuk sama-sama mengerjakan umrah di Makkah.

Maryam berkata, dia ingin membawa seorang peminat bertuah sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka yang sehingga dia dan suami berada di tahap sekarang.

"Saya bersyukur dengan peluang yang diberi ini, jadi saya pun nak bawa peminat saya untuk pergi umrah bersama saya dan Ryzal.

maryam 12

Maryam dan Ryzal teruja mengerjakan umrah yang pertama.

"Saya berterima kasih sangat tanpa sokongan mereka tentu kami juga tidak sampai ke tahap ini," kongsinya.

Sebelum ini, Ryzal memuat naik sebuah video yang memaparkan kejutan pakej menunaikan umrah kepada Maryam.

Menerusi video tersebut, Maryam juga terlihat menangis dan sebak kerana gembira dengan kejutan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain