MENYANYI sambil memakai kostum sepanjang 10 minggu bersaing bukan perkara mudah buat juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) iaitu Stacy. Kata Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, dia juga terpaksa menanggung sakit badan dan migrain disebabkan kostum Bunga Matahari yang dipakai. Malah cerita Stacy, dia pernah hampir pengsan ketika berada di atas pentas namun cuba menahan diri apatah lagi musim kali ini disiarkan secara langsung. "Ada minggu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat. Pernah juga rasa nak pitam ketika berada di atas pentas. Ramai yang membuat ramalan awal Stacy adalah di sebalik Bunga Matahari. "Sebab itu saya kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan. Saya lebih fokus kepada nyanyian sahaja. "Saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram dan rasanya sama seperti memakai kostum Bunga Matahari itu," katanya kepada mStar. Stacy diumumkan sebagai juara pada konsert akhir TMSM4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Matahari, Stacy juara The Masked Singer Malaysia musim keempat ARTIKEL BERKAITAN: The Masked Singer Malaysia 4 bersiaran secara langsung, perkenal pasangan duo cili padi dan kostum roti john Meskipun sudah ramai menjangka Stacy adalah di sebalik kostum berkenaan, namun dia tetap mengunci mulut bagi mematahui peraturan program tidak membenarkan mana-mana peserta mendedahkan identiti mereka. "Dari awal orang sudah mula 'serang' saya di media sosial kerana mereka tahu individu di sebalik Bunga Matahari itu adalah saya. “Tetapi saya tidak boleh nak menjawab. Mungkin saya gagal untuk kelirukan orang tapi saya anggap ini satu kejayaan kerana sampai ke final. Mungkin saya gagal untuk kelirukan orang, namun bagi peminat saya anggap ini satu kejayaan kerana sampai ke final STACY PENYANYI "Ibu sendiri pun tidak tahu sehingga minggu ketiga dia pernah bertanya. Ketika juri meneka nama, saya hanya mampu tergelak di dalam kostum itu," ujarnya. Menerusi konsert akhir itu, Stacy menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi (Genius ft Sara Fajira). Berkongsi lanjut mengenai TMSM4, Stacy tidak menyangka peserta bukan penyanyi mampu memberi saingan hebat. Perserta TMSM4 memberi saingan hebat di pentas akhir. "Rasanya pesaing paling kuat adalah Biskut Aiskrim (Adinda). Saya tidak sangka itu Adinda yang pernah saya jumpa sewaktu dia menyertai program Ceria Popstar. “Dalam masa sama pelawak-pelawak juga memberi saingan hebat. Saya juga kagum dengan Nabila Razali. Dia memberi persembahan sangat baik," jelasnya. Nabila Razali yang memakai kostum Bungai Teratai berada di tempat kelima dan Adinda pula mendapat tempat keempat. Sementara itu, pelawak Namie (Mat Helang) muncul sebagai naib juara dan Danial Zain (Sang Kancil) ditempat ketiga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!