suria

Pertama kali beraksi di DFP, Slam janji kelainan bawa seleksi lagu pilihan peminat

Slam bakal beraksi buat pertama kali di DFP.

BUAT julung kalinya kumpulan Slam bakal mengadakan konsert bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 8 Jun depan.

Menurut pemain gitar utama iaitu Shah atau Shah Nizam Abdul Halim, 50, konsert kali ini sedikit berbeza kerana akan menampilkan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan mereka.

Antara lagu-lagu tersebut termasuk Malam dan Semalam, Bukan Niat Membalas Derita, Terasing Dalam Sepi, Suratan, Warna Kehidupan dan Buat Seorang Kekasih.

slam3 - 1

Slam menjanjikan pilihan lagu terbaik buat peminat.

"Konsert kali ini khas buat peminat setia Slam yang selalu menghargai dan menyokong karier seni kami sejak 30 tahun lalu.

"Jadi kami mahu ambil peluang ini untuk memenuhi permintaan peminat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, vokalis Slam iaitu Zamani atau Zamani Ibrahim, 53, berkata biarpun keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya akibat masalah skoliosis, namun dia percaya konsert tersebut akan berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Slam digelar band kampung... Zamani tak kecil hati, bangga lagu evergreen sehingga kini

ARTIKEL BERKAITAN:

"Alhamdulillah kesihatan saya masih baik walaupun belum 100 peratus pulih. Saya sudah membuat dua persembahan besar selepas menjalani pembedahan.

"InsyaAllah saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja. Lagi pun saya hanya berlatih menyanyi setiap hari untuk mengekalkan momentum dan jaga stamina," ujarnya.

Selain Zamani dan Shah, Slam turut dianggotai oleh Eddie (pemain keyboard), Man (pemain dram) dan Lili (pemain gitar bass).

Tiket konsert Slam di DFP sudah dijual bermula dengan harga RM188 sehingga RM548.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain