SEPERTI dijangka penyanyi Stacy Anam yang memakai kostum Bunga Matahari berjaya menambat hati juri dan penonton apabila diumumkan sebagai Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4). Dalam konsert akhir itu, Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, 33, menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi (Genius ft Sara Fajira). Sementara itu, pelawak Namie yang memakai maskot Mat Helang pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Ramai sudah jangka Stacy adalah di sebalik topeng Bunga Matahari. Tempat ketiga pula dimenangi pelawak Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil. Tempat keempat pula milik bekas peserta Ceria Popstar iaitu Adinda memakai kostum Biskut Aiskrim, manakala penyanyi Nabila Razali (Teratai) di kedudukan kelima. Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh sembilan orang juri iaitu Erra Fazira, Datuk Aznil Haji Nawawi, Sherry Alhadad, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Zizan Razak, Elly Mazlein, Michael Ang dan Rozita Che Wan. ARTIKEL BERKAITAN: The Masked Singer Malaysia 4 bersiaran secara langsung, perkenal pasangan duo cili padi dan kostum roti john ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berminggu tak sihat, Noki terima rawatan kecemasan akibat sesak nafas... Harap sempat sihat sebelum ke Makkah Rancangan yang bersiaran selama 10 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal iaitu Datuk AC Mizal. Malam akhir bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Namie di sebalik topeng helang berjaya mendapat tempat kedua. Untuk rekod, sembilan selebriti tersingkir pada minggu sebelum ini terdiri daripada Dr Soo Wincci (Kak Cat), Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi), Rashidi Ishak (Putera Katak) dan Daiyan Trisha (Ikan Emas). Selain itu, turut tersingkir adalah Amelina sebagai Pom Pom Kin, Azan Addin (Abang Jagung), Noki K-Clique (Bawang Putih), Datuk Yusry (Musang) dan Hun Haqeem (Roti John). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!