PELAKON Nadhir Nasar tidak tersinggung apabila ada segelintir pihak berasa kurang senang dengan tindakannya dilihat kerap bertutur dalam bahasa Inggeris semasa ditemu bual media. Mengakui dirinya seorang pencinta bahasa, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, berkata perkara itu bukanlah satu isu besar kerana dia masih lagi mengutamakan bahasa ibunda dalam pertuturan harian. “Saya selesa menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Saya cintakan bahasa. Nadhir bersama duta Bulan Bintang 2024 lain. “Kalau siapa yang ikut saya di aplikasi X pun tahu saya menulis menggunakan bahasa Melayu sastera. Saya rasa ia tiada masalah langsung sebab ia juga bergantung pada sesuatu majlis,” katanya kepada mStar. Nadhir berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Kata pelakon drama Projek: High Council itu lagi, dia tidak bersetuju jika ada netizen berpendapat bertutur dalam bahasa Inggeris itu dilihat seperti berlagak dan sombong. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pengikut, orang pula tak kenal... Lebih 10 kali Nadhir Nasar ditolak stesen TV ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar artis muda contoh, dalam sibuk masih sempat turun padang bantu misi kemanusiaan ke Gaza Bahkan aktor itu berpendapat ia sesuatu yang bagus untuk dirinya memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris. “Ia boleh menambah baik penggunaan bahasa Inggeris saya... jadi saya tak setuju bila ada yang kata bercakap bahasa Inggeris ni poyo la, sebab akhirnya kita dapat memperbaiki kita punya bahasa. “Saya punya grammar pun tak betul lagi, tapi tidak mengapa saya belajar. Tapi apa-apa pun bahasa Melayu tetap perlu diutamakan,” ujarnya. Saya tak setuju bila ada yang kata bila bercakap Bahasa Inggeris ni poyolah, NADHIR NASAR PELAKON Berkongsi perkembangan lain, Nadhir merancang untuk menerbitkan sebuah buku ditulis olehnya sendiri. Malah dia juga bakal mengarahkan sebuah filem pendek iklan raya bagi jenama baju Melayu Bulan Bintang untuk tahun ini. “Saya sendiri menulis, ada juga di aplikasi X. Saya ada buku saya sendiri di rumah. Nadhir ketika di sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024. “Mungkin dalam setahun atau dua tahun insyaAllah saya akan terbitkan buku saya sendiri. “Tak lupa juga akan ada projek filem pendek untuk iklan raya bersama Bulan Bintang arahan saya,” katanya. Untuk rekod, selain Nadhir terdapat lima duta lain bagi jenama Bulan Bintang iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Mierul Aiman, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!