ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima sejambak bunga daripada seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di hadapan sebuah butik mewah. Cik B turut dilihat tersipu malu ketika menerima jambangan bunga berkenaan yang diserahkan sendiri lelaki tersebut di hadapan ibunya. Vida atau Hasmiza Othman, 53, yang berkongsi video tersebut di TikTok miliknya kelihatan terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Vida terkejut Cik B terima sejambak bunga dari seorang lelaki. "Wah Cik B," tulisnya ringkas di bahagian kapsyen video berkenaan. Sebelum ini, atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, mencuri perhatian apabila memuat naik video dia sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara ditemani beberapa orang pengawal peribadi. Cik B menerusi kapsyen secara berseloroh memberitahu selepas mempunyai 'bodyguard' dia kini hanya perlu mencari kekasih hati. ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Vida bangga tunjuk duit dalam akaun bank, terkejut belanja lebih RM1 juta sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Cik B tolak tawaran Vida beli Brabus, sudah senarai pendek 3 model pilihan - “Suka G-Wagon tapi Lamborghini Urus pun menarik” Sementara itu, menjengah ke ruang komen, netizen meminta Cik B berhati-hati dalam memilih pasangan. Mereka bimbang personaliti media sosial itu terpedaya dengan lelaki mata duitan yang hanya mahu mengikis kekayaannya dan bukan benar-benar ikhlas mencintainya. Malah ramai menasihatkan agar dia tidak terburu-buru dalam mencari pasangan hidup sebaliknya memberi fokus kepada diri sendiri selain membantu ibunya mengembangkan perniagaan. Cik B dikelilingi bodyguard yang menjaga dirinya di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini. "Jangan terburu-buru mencari cinta Cik B... Muda lagi, sekarang pun susah nak cari yang betul-betul ikhlas. "Saya doakan Cik B dikurniakan insan yang benar-benar ikhlas. Tak tahulah lelaki itu betul-betul sukakan Cik B atau hanya kerana wang. "Adakah lelaki itu akan bagi bunga dekat Cik B jika dia hanya seorang penjual air kelapa?," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!