suria

Trisha Ooi cari pasangan ‘family man’ tapi bukan suami orang

Trisha sentiasa berhati-hati apabila berkenalan dengan lelaki.

ENGGAN terjerat cinta suami orang membuatkan pelakon Trisha Ooi sentiasa berwaspada dalam pergaulan terutama dengan berlawan jantina.

Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron, 24, berkata, status sebagai selebriti juga membuatkan dia lebih berhati-hati agar tidak dikaitkan dengan isu yang boleh merosakkan reputasinya.

"Kalau boleh tak mahulah jadi penyondol! Saya nak komen lebih-lebih pun saya takut.

"Bagi saya lebih baik saya menjaga diri sendiri dan itu sahaja yang boleh saya lakukan. Untuk orang lain saya tak mahu komen," katanya kepada mStar.

trisha 1

Trisha sangat berhati-hati dalam berkawan.

Trisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Janna Endoro di Petaling Jaya yang berlangsung pada malam Isnin.

Masih tidak mempunyai teman lelaki, Trisha mahu memberi fokus kepada karier lakonan selain masih banyak perkara perlu dilakukan bagi mementapkan kerjayanya.

"Saya tidak mencari, tiada juga datang mendekat... Keluarga pun sangat memahami dan ibu saya menyokong kerjaya saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan tak hilangkan diri ketika susah, tanya khabar sudah buat Azri Iskandar syukur

ARTIKEL BERKAITAN: Hazama keluar zon selesa, cabar diri bawa watak antagonis dalam ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’

"Memang buat masa ini saya fokus sepenuhnya kepada karier," ujarnya.

Pun begitu kata Trisha, itu juga bukan bererti dia menutup pintu hatinya buat mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya kerana soal hati dan perasaan adalah di luar jangkaan.

Berkongsi kriteria lelaki disukainya, Trisha memberitahu dia lebih selesa jika pasangannya nanti seorang yang mengutamakan keluarga.

Saya rapat dengan keluarga sebab itu saya suka lelaki yang ada ciri-ciri macam itu.

TRISHA OOI

PELAKON

Ini kerana kata Trisha, dia sendiri sangat rapat dengan keluarga dan ingin mencari teman hidup dengan nilai sama.

"Saya tak kisah orang itu dalam industri atau orang biasa, paling penting dia seorang family man.

"Saya rapat dengan keluarga sebab itu saya suka lelaki yang ada ciri-ciri macam itu... Tapi bukan dengan lelaki yang sudah berkeluarga!," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Trisha menunjukkan sisi yang berlainan apabila menjadi pelakon utama di dalam filem Janna Endoro.

trishaa

Trisha bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Janna Endoro.

Kata Trisha, dia mengambil masa tiga minggu untuk berlatih bercakap loghat Kelantan kerana ia banyak digunakan dalam filem berkenaan.

"Saya bukan berasal dari Kelantan jadi nak bercakap loghat itu agak mencabar. Nasib baik ada kawan-kawan dari negeri itu yang bantu saya. Saya pun ada ambil kelas untuk berlatih bercakap loghat Kelantan," kongsinya.

Selain Trisha, Janna Endoro turut menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Snapinsta.app_281038211_993270741374368_8714182164491344447_n_1024

Fokus utama Trisha ketika ini adalah lakonan dan bukannya hal peribadi.

Filem ini mengisahkan Janna lakonan Trisha seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Mat Dat (Pekin).

Suaminya seorang kaki baran, kerja tidak menentu, kaki lalok, berjudi dan berhutang sehinggakan suaminya menjadi buruan Ah Long.

Janna Endoro bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 22 Februari nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain