suria

Pergelangan tangan retak semasa lakon babak aksi, Azira Shafinaz tetap teruskan penggambaran

Azira tenang semasa terima rawatan di sebuah hospital.

TERSILAP langkah ketika melakonkan babak aksi menyebabkan pelakon Azira Shafinaz terpaksa menanggung kecederaan di bahagian pergelangan tangannya.

Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata kejadian itu dia menggunakan tangan untuk mengelakkan dirinya jatuh lebih teruk namun tidak menyangka lain pula yang berlaku.

"Saya sebenarnya tengah jalani penggambaran untuk filem Nafsu. Ada satu babak itu ada sesuatu kejadian terjadi dan saya sepatutnya disambut kru di lokasi.

azira 2

Azira kongsi beberapa foto keadaan dirinya semasa dirawat.

"Tapi ia tak berlaku dan saya pun terjatuh. Bila nak terjatuh saya tahan menggunakan tangan itu yang tersalah mendarat.

"Mungkin masa itu dia (tim) takut-takut sikit nak sambut saya tapi tak apalah benda sudah jadi dan saya pun reda saja," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Azira berkongsi dirinya mengalami keretakkan pergelangan tangan di Instagram miliknya.

Kongsi Azira, doktor yang merawatnya tidak membenarkan dia untuk melakukan kerja berat kerana bimbang akan lebih memudaratkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut bukan sebab kecewa, Azira Shafinaz masih bahagia selepas 12 tahun menyulam cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah 10 tahun akhirnya terbayar, Azira Shafinaz menang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik

Malah dia juga memerlukan kira-kira enam minggu untuk benar-benar kembali pulih.

"Mengikut doktor kata dalam enam minggu baru akan pulih tapi buat masa sekarang ini tangan saya tak boleh nak dipusing-pusing kan.

"Jari dan siku saya boleh bergerak macam biasa cuma pergelangan tangan memang bengkak dan tidak boleh nak digerakkan.

"Sekarang ini memang saya bergantung kepada ubat tahan sakit dan beberapa rawatan yang doktor berikan," katanya lagi.

azira 3

Azira tenang sambung penggambaran semula.

Meskipun memelukan rehat panjang, Azira memberitahu dirinya akan meneruskan penggambaran filem berkenaan dengan lebih berhati-hati.

Katanya, dia mengejar masa untuk ke set penggambaran yang lain pula selepas tamat filem berkenaan.

"Selepas dah jatuh ini pun saya masih lagi kena masuk set sebab saya ada dua hari lagi nak habiskan.

"Lepas ini nak masuk set lain jadi memang dah tak ada masa lagi. Tapi sebelum masuk set lain itu ada rehat sekejap," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain