suria

Filem La Luna dikritik selit unsur ‘soft porn’, Hisyam Hamid hormat pandangan penonton

Hisyam teruja lakonkan watak antagonis yang jarang diterima.

PELAKON Hisyam Hamid terbuka menerima pandangan penonton terhadap filem lakonannya berjudul La Luna yang dikatakan mengandungi unsur soft porn.

Dalam hal ini, Hisyam, 39, berkata setiap orang bebas menyatakan pandangan masing-masing berhubung jalan cerita filem itu.

"Pendapat saya sebenarnya satu karya seni ini dia ada prespektif berbeza. Setiap orang yang menonton ada pandangan mereka sendiri.

Snapinsta.app_427762569_3535911163404608_7683942153834684123_n_1080

Hisyam pegang watak Pa'at dalam La Luna.

"Bila dekat pawagam tidak begitu menjadi percakapan tapi bila ditayangkan menerusi platform digital dia mula jadi perhatian dan mengundang pelbagai rekasi.

"Tapi saya hormati dengan pelbagai reaksi orang tapi kejadian yang berlaku ini di luar kawalan saya," katanya kepada mStar.

Filem arahan M Raihan Halim itu ditayangkan di pawagam pada 9 November tahun lalu dan boleh ditonton semula menerusi platform penstriman (OTT) Netflix.

Meskipun tidak melakonkan watak yang mengandungi elemen negatif namun Hisyam berkata dia tetap menerima kecaman daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid digelar Zul Ariffin 2.0 gara-gara babak dukung Scha Elinnea, akui tak dapat elak kerana ada dalam skrip

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton dah bijak, Hisyam Hamid tak perlu buka baju untuk ‘belanja’ babak tak penting!

"Ada juga saya dapat mesej daripada netizen tapi bukan carut saya.

"Mereka cakap filem ini tak bermanfaat tapi saya hormati pandangan mereka," luahnya.

Kata Hisyam, semasa menerima tawaran filem tersebut, dia hanya memberikan fokus kepada watak Pa'at yang dilakonkan olehnya.

Memandangkan dia jarang memegang watak antagonis, secara tidak langsung membuatkan dia teruja dengan tawaran tersebut.

Ada beberapa unsur sensitif disentuh sebab itu bila keluar panggung dia dapat rating 18 tahun ke atas.

HISYAM HAMID

PELAKON

"Bila saya dapat tawaran filem ini, saya lebih melihat kepada watak kerana jarang saya mainkan.

"Jahat... antagonis dan watak itu dapat beri pandangan berbeza dalam lakonan saya.

"Saya hanya baca skrip dia tapi visual saya tak pasti macam mana akan mereka buat sebab saya lebih utamakan watak saya.

"Biasanya baca dengan visual akan jadi lain," ujarnya.

Snapinsta.app_427408528_1311021856244011_1843447949152882194_n_1080

Hisyam bergandingan bersama Nadiya Nissa.

Dalam pada itu, Hisyam berharap orang ramai memandang mesej yang ingin disampaikan dalam filem berkenaan.

"Ada beberapa unsur sensitif disentuh sebab itu bila keluar panggung dia dapat rating 18 tahun ke atas. Mungkin atas sebab itu.

"Dalam OTT ada lebih banyak cerita yang lebih daring dan lebih kontroversi tapi mungkin filem ini dihasilkan oleh pihak produksi tempata.

"Kita kena hormat, tak semua orang boleh terima karya kita tapi mesej yang disampaikan adalah positif cuma pembikinan kena lebih berhati-hati," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain