suria

Peserta dari Sarawak, Roxy Ixzy Juara Bintang RTM 2024… Bawa pulang wang tunai RM78,000 dan kereta

Roxy diangkat sebagai Juara BRTM2024.

PESERTA asal Sarawak bernama Roxy Ixzy diumumkan sebagai Juara Bintang RTM 2024 (BRTM2024) dalam konsert akhir yang berlangsung pada malam Sabtu.

Roxy atau nama sebenarnya Roziena Ixzy, menyampaikan lagu berjudul A Woman Worth yang pernah dipopularkan oleh Alicia Keys.

Komposer LY selaku juri memberitahu Roxy memahami lirik lagu berkenaan dengan baik dalam persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 peserta bersaing dalam Bintang RTM 2024... Syafinaz Selamat puji ramai berbakat, peluang serlah diri

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul ‘Diva Terulung’ KNKV Viral Award 2024, mahu kerja keras demi peminat

“Lagu ini memang makanan awak. Awak faham lirik dan sebati dengan ekspresi,” ujarnya.

Selaku juara Roxy membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM78,000 serta sebuah kereta jenama Proton Iriz.

rtm dhania 1

Dhania diangkat sebagai Naib Juara BRTM2024.

Sementara itu, peserta bernama Dhania diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000.

Manakala tempat ketiga pula milik Hady Hun dengan wang kemenangan berjumlah RM20,000.

Hady juga memenangi hadiah peserta pilihan juri jemputan dengan wang tunai berjumlah RM1,000.

WhatsApp Image 2024-02-24 at 11.59.46 PM

Roxy ketika menerima hadiah kemenangannya.

Selain LY, barisan juri juga terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat serta juri jemputan iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri.

BRTM2024 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV2.

Program ini dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Sissy Iman sebagai pengacara.

Selain itu acara turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Indonesia iaitu Anggi Marito yang polular dengan lagu Tak Segampang Itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain