suria

Sweetnya! Afifah Nasir dilamar kekasih, bakal berkahwin tahun ini

Afifah berkongsi detik gembira dilamar kekasih.

PELAKON Afifah Nasir memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini.

Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya memperlihatkan dia dilamar oleh kekasih yang dikenali sebagai Syed Hariz.

Menerusi hantaran tersebut, Afifah menulis ucapan istimewa berserta gambar mereka berlatar belakangkan sebuah pesawat.

afifah nasir 3

Afifah beri gambaran bakal bernikah tahun ini.

"Afifah, sudikah awak menjadi Mrs Hariz tahun ini," tulisnya.

Kedua-dua mereka dilihat sedondon mengenakan baju rona biru.

Selain sebentuk cincin jenama mewah, Hariz turut memberi sejambak bunga buat Afifah.

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir mahu ‘low profile’ tentang cinta, hormat privasi bakal suami... rancang kahwin tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir terima banyak ‘job’ komedi, kelakar sejak masuk Sepahtu Reunion... “Saya tak boleh tengok muka Jep”

Kisah Afifah dan Hariz sebelum ini pernah menjadi bualan ramai selepas mereka memakai busana Melayu sama warna ketika menghadiri sebuah majlis keluarga.

Bercakap kepada media ketika itu, Afifah menafikan dia dan Hariz sudah bertunang dan enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain