suria

Jasmin Hamid selamat jalani pembedahan bariatrik, doktor kesan ada lubang besar pada ulu hati

Jasmin setuju jalani pembedahan bariatrik atas nasihat doktor.

PELAKON Jasmin Hamid selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menurut Jasmin, 52, dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan selepas mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati.

"Sebelum ini saya selalu rasa senak pada bahagian perut. Saya ingatkan ia hanya masalah angin akibat lambat makan. Dah beberapa bulan juga masalah ini berlarutan.

jasmin hamid 2

Jasmin mendengar penjelasan doktor sebelum melakukan pembedahan.

"Kemudian saya buat pemeriksaan pada 20 Februari lalu dan doktor beritahu ada lubang besar pada ulu hati. Atas nasihat doktor juga saya kena lakukan pembedaan segera," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum itu, aktres berkenaan berkongsi video di laman Instagram selesai menjalani pembedahan tersebut.

Kata Jasmin, pada awalnya dia berasa ragu-ragu terhadap kaedah perubatan itu, namun mendapat keyakinan apabila menerima nasihat dan penerangan lanjut doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan macam cucu dengan nenek, Jasmin Hamid anggap kahwin lelaki muda rezeki

"Selama ini ramai yang cakap kalau buat pembedahan bariatrik kita akan hilang nikmat makan sebab banyak makanan yang tidak boleh ambil. Salah semua itu... doktor cakap tiada masalah pun.

"Cuma dalam tempoh pemulihan sebulan ini kena jaga pemakanan sebelum. Lain orang lain badannya. Boleh nak makan apa sahaja selepas ini," ujarnya.

jasmin hamid 3

Jasmin bakal kembali bekerja seperti biasa.

Meskipun masih dalam tempoh pemulihan, Jasmin memberitahu dia akan kembali ke set penggambaran sebuah drama pada awal Mac nanti.

"Saya bukannya terlibat dengan babak berat. Watak 'mak datin' dan perlu duduk sahaja. Tiada masalah pun untuk bekerja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain