suria

Kerinduan peminat akhirnya terubat, MK dan Tuju kolaborasi dalam ‘Risiko'

MK, Benzooloo, Tuju, Ghidd dan Meerfly bergabung dalam 'Risiko'.

PEMINAT akhirnya boleh melihat semula kolaborasi penyanyi MK K-Clique bersama Tuju menerusi lagu terbaharu berjudul Risiko.

Pelancaran lagu ini mengejutkan ramai peminat kerana mereka disatukan kembali dalam sebuah lagu.

Selain MK dan Tuju, Risiko turut menampilkan tiga lagi penyanyi rap terkenal lain iaitu Benzooloo, Ghidd dan Meerfly.

mk1 - 1

Kolaborasi mantap lima penyanyi rap dalam 'Risiko'.

Menurut penerbit dan komposer iaitu Kinggolddigga, pihak Twntytwo Degree mempunyai alasan tersendiri memilih tarikh 22 Februari untuk melancarkan video muzik dan single baharu tersebut.

"Kami memilih 22 Februari adalah bersesuaian dan bertepatan dengan nama Twntytwo Degree. Single ini adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi kami yang masih baru.

"Kolaborasi ini terhasil secara spontan. Idea untuk menggabungkan mereka juga datang secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditanya soalan 'mana Tuju?', akhirnya Noki sahkan sudah keluar K-Clique... "Tak beri kesan apa-apa pun"

ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan sudah dibuat, Noki terasa hati Tuju tak datang majlis kahwin MK

"Kelima-lima penyanyi ini dipilih kerana mereka adalah idola kebanyakan remaja di Sabah," katanya.

Dalam pada itu, penggambaran video muzik Risiko diadakan di sekitar Kuala Lumpur dengan hanya mengambil masa selama dua hari sahaja untuk disiapkan.

Dengan kemahiran, gaya suntingan serta kreativiti krew produksi Twntytwo Degree, ramai peminat muzik percaya video muzik ini bakal memberi impak besar dan akan menjadi penanda aras untuk penghasilan video muzik di Malaysia yang lebih baik.

Risiko menceritakan tentang kisah cerita hidup setiap individu yang unik dalam mencapai sebuah kejayaan.

Namun ada juga yang terpaksa berdepan dengan rintangan dan cabaran yang tidak disangka dan pengalaman itu membuatkan mereka lebih kuat.

Video muzik Risiko sudah mula dilancarkan dan boleh ditonton menerusi semua platform penstriman.

mk2 - 1

Tuju sebelum ini membawa haluan sendiri dalam kerjaya nyanyian solo.

Untuk rekod, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree dipercayai mengundurkan diri dari K-Clique sekitar akhir tahun 2022 dan perkara itu disahkan oleh anggota kumplulan itu iaitu Noki.

Menurut Noki, Tuju mengambil keputusan membawa haluan sendiri kerana mahu mahu fokus kerjaya solo.

Selain MK, Tuju dan Noki, K-Clique juga dianggotai oleh Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain