suria

Shuib mimpi arwah isteri sampai menangis, tidak rasa cemburu dalam hati Watie

Shuib menangis termimpikan Allahyarham Siti Sarah (kanan).

SELEPAS tiga tahun pemergian penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib masih lagi bermimpi tentang Allahyarham isterinya itu sehingga mengalirkan air mata apabila terjaga dari tidur.

Isteri Shuib iaitu Watie bagaimanapun memberitahu dia tidak berasa cemburu apabila melihat pelawak berkenaan menangis dan berada dalam kesedihan disebabkan mimpi dialami.

"Saya sedang tidur dan tiba-tiba nampak dia (Shuib) bangun. Katanya dia mimpi arwah Sarah. Saya pula tengah mengantuk.

Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu.

Watie tidak berasa cemburu apabila Shuib termimpikan Sarah.

"Kalau orang tanya saya cemburu atau tidak. Saya boleh pergi sambung tidur pula!

"Rupanya bila saya celik mata semula saya lihat dia tak tidur dan sambung menangis," kongsinya.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib kena kecam dalam video live, anak tiri tampil ‘back up’ Watie Hanifiah - "Saya ini baran tau"

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri suka peluk Watie Hanifiah, puji layanan sama seperti arwah ibu

Bercerita mengenai mimpi dialami Shuib sehingga menangis, Watie memberitahu suaminya itu bercerita dia mengalami kecederaan namun Sarah tidak datang membantu apabila namanya dipanggil.

Perkara itu membuatkan Shuib berasa sedih dan mungkin disebabkan terlalu merindui Allahyarham.

"Shuib beritahu dia sedih kerana tidak dapat jumpa Sarah. Katanya dalam mimpi itu tangan dia ditoreh dan terluka.

"Kemudian Shuib panggil ibu, ibu (panggilan Sarah) tapi Sarah tak datang. Jadi dia sedihlah sebab Sarah tak datang dalam mimpi dia," katanya.

Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain