WALAUPUN bersahabat baik, personaliti media sosial dan usawahan Rosix Omar tidak mengetahui isu sedang melanda pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie yang sedang hangat diperkatakan. Rosix memberitahu dia juga lebih selesa tidak memberi sebarang komen berhubung perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya. "Saya pun baru dengar perkara itu. Saya tidak tahu. Bagi saya itu normal (unfollow Instagram). Kadang-kadang kita pun buat perkara sama. "Saya tidak tahu sangat tentang hubungan mereka. Lebih baik saya tidak komen," katanya kepada mStar. Semua perkongsian Rosix di media sosial mendapat persetujuan pihak terbabit. Rosix berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Loop Music Festical yang berlangsung pada Selasa. Sebelum ini hubungan antara Sharnaaz sendiri telah menjelaskan dakwaan hubungan dia dan Amelia tidak baik hanyalah sekadar salah faham apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing. Malah pelakon ini turut meminta agar peminat terus mendoakan buat dia dan Amelia. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku rasa hangpa salah faham ni” - Sharnaaz minta netizen jangan buat spekulasi hubungannya dengan Amelia ARTIKEL BERKAITAN: [V] Saling ‘unfollow’ di Instagram, Sharnaaz Ahmad jawab status hubungan dengan Amelia Christie Sementara itu, Rosix memberitahu sebelum ini dia akan memastikan mendapat keizinan Sharnaaz sebelum memuat naik apa-apa gambar atau video melibatkan aktor itu dan Amelia di media sosial. Jelas Rosix, tidak semua perkara tentang mereka dijadikan tatapan umum sebaliknya masih tahu batas meskipun mereka berkawan baik. "Biasalah kawan baik, apa yang boleh saya dedahkan, saya kongsi. Semudah itu. "Rasanya apa yang saya kongsi itu diizinkan," jelasnya. Bagi saya itu normal (unfollow Instagram). Kadang-kadang kita pun buat perkara sama. ROSIX OMAR USAHAWAN Bercakap tentang Loop Music Festival, Rosix yang bertindak sebagai penganjur memberitahu acara tersebut bakal memperlihatkan penglibatan ramai nama besar industri muzik dalam sebuah program sama. Kata Rosix, idea menggabungkan artis popular sepanjang zaman membuatkan dia terdetik untuk mengadakan festival itu dalam memberi peluang kepada peminat berhimpun meraikan kepelbagaian muzik. "Idea penganjuran ini datang apabila saya terfikir nak gabungkan artis-artis sepanjang zaman yang ada ramai pengikut mereka tersendiri. Rosix himpunkan artis pelbagai genre dalam Loop Music Festival. "Objektifnya adalah untuk meraikan muzik seni dengan menggabungkan emua genre di bawah satu bumbung dan kami beri peluang kepada artis baru untuk tampilkan bakat mereka dalam sebuah pentas besar," jelasnya. Festival berkenaan bakal menampilkan penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Amelia, Masdo, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi. Antara lain yang bakal membuat persembahan adalah Insomniacks, Aisha Retno, Nadeera Zaini, Ronie Hussein, Usop dan Disko Santan. Loop Music Festival bakal berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 11 Mei depan dan tiket boleh dibeli di Ticket2u. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!