suria

[V] Bagai ditanam hidup-hidup, Enot tak harap bantuan tapi minta peluang pekerjaan

Enot berserah kepada Allah meskipun ramai mengata buruk tentang dirinya.

BAGAIKAN ditanam hidup-hidup, karier seni Enot seperti sudah mati susulan tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

Tidak tahu di mana silapnya, Enot atau Aliza Abdullah, 48, juga tidak menolak kontroversi melanda dirinya sebelum ini menyebabkan pihak produksi enggan memberikan sebarang tawaran.

“Saya tak boleh nak cari makan di luar sana. Bagaikan ditanam hidup-hidup. Tidak tahu kenapa berlaku begini.

size NP 1 (52)

Enot mohon diberi peluang berlakon untuk meraih pendapatan bagi meneruskan hidup.

“Mungkin ada mulut-mulut yang menyampaikan sehingga orang tak mahu bagi saya tawaran berlakon,” katanya kepada mStar.

Enot ditemui ketika program Ziarah Seni Madani Finas 2024 yang diadakan di kediaman keluarganya di Seremban pada Rabu.

Tambah Enot, apa yang berlaku sebelum ini juga memberi tekanan besar pada dirinya sehingga ada ketika mengundang kepada masalah anxiety.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Margaret Gan tiada masalah kesihatan, masih memandu di usia 81 tahun... Tunggu produksi panggil berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 36 tahun Sarimah Ahmad belum putus asa, rayu penerbit pulangkan 4 pita asal filem terbitannya

“Disebabkan terlalu percayakan orang juga boleh mengundang kepada tekanan dan akhirnya menyebabkan anxiety. Saya berkongsi masalah diri namun kisah itu disampaikan kepada orang lain.

“Orang mula membuat spekulasi tentang saya sedangkan perkara itu tidak betul. Jadi lebih baik saya berdiam dan hanya berserah kepada Allah,” ujarnya.

Nama Enot sebelum ini menjadi bualan ramai apabila dia didakwa menghilangkan diri dan tidak menghubungi rakan-rakan artis.

Saya tidak suka nak harapkan bantuan. Jadi berilah saya peluang kerja.

ENOT

PELAKON

Tahun lalu Enot mengambil keputusan untuk menetap di Melaka dan memulakan perniagaan di sana.

Namun usaha tersebut juga tidak mendatangkan hasil dan kini dia lebih tertumpu kepada jualan produk makanan serta aksesori secara atas talian.

Tambah aktres ini dia sedia menerima tawaran berlakon bagi menambah pendapatan selain dapat lari daripada tekanan.

“Saya tidak suka nak harapkan bantuan. Jadi berilah saya peluang kerja. Kalau ada tawaran berlakon saya akan terima.

size NP 1 (50)

Wakil dari Mapim dan Finas menyerahkan sumbangan ikhlas kepada Enot.

“Bukan hanya dapat tambah pendapatan, saya juga boleh lari dari tekanan. Berlakon adalah jiwa saya. Tak mungkin saya tinggalkan kerjaya seni,” jelasnya.

Pada program berkenaan Enot menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang disampaikan melalui Perbadanan Kemajuaj Filem Nasional Malaysia (Finas).

Turut hadir adalah Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas iaitu Zed Zaidi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan